Thursday, December 15, 2011

SMBJ 19: Pakatan Selangor Berjaya Tambah Tenaga Kerja Wanita

Janji Buku Jingga 
Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

Ulasan
Kita memang akui bahawa kerajaan Pakatan di Selangor berjaya meningkatkan jumlah pekerja wanita. Berdasarkan kenyataan bekas Menteri Besar Selangor pada 2009 bahawa terdapat 4000 rumah urut di selangor ketika itu, sudah pasti Selangor sekarang mempunyai lebih 20 ribu tukang urut wanita.  Ini berdasarkan andaian setiap rumah urut mempunyai 5 orang tukang urut wanita. Namun berdasarkan pemerhatian rambang ada rumah urut mempunyai sehingga 10 tukang urut.
Bayangkan dalam masa dua tahun pemerintahan ketika itu, Pakatan di Selangor berjaya menambah jumlah tenaga kerja wanita yang begitu besar jumlahnya. Inilah langkah memartabatkan wanita di bawah Pakatan.  Kah!Kah! Kah!
Bagi Barisan Nasional, sasaran 60 peratus  wanita dalam penyertaan tenaga buruh dalam masa 10 tahun adalah terlalu tinggi dan sukar untuk dicapai. Ini adalah berlandaskan trend sejak 10 tahun lalu di mana kadar penyertaan wanita berganjak sekitar 1 peratus sahaja sehingga 46.4 peratus pada tahun 2010.

Janji Buku Jingga

Wanita Dan Institusi Keluarga:

Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang.

Ulasan

Ramai penyokong Pakatan terdiri daripada peguam dan juga pensyarah yang masuk "bakul angkat sendiri" kononnya pakar undang-undang. Jadi kita nak lihatlah draf akta untuk wanita ini. Kerana perkara yang dijanjikan ini sangat subjektif dan kita pun hendak tahu macam mana nak tafsirkan layanan adil dalam segala bidang. Ini penting kerana akta bukan macam ceramah politik. Jangan nanti kerana akta tak masuk akal kononnya nak jaga keadilan untuk wanita maka ramai majikan masuk penjara dan ramai lelaki tidak ada kerja.
Memang BN tiada akta khusus yang mempunyai peruntukan mengenai kesaksamaan gender namun kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dalam memastikan golongan wanita mendapat layanan yang adil dalam semua bidang. Antaranya pindaan Akta Pencen 1980 yang memberi hak kepada balu yang berkahwin semula terus mendapat pencen terbitan. Manakala dalam Pindaan Akta Tanah 2002 pula, ia membolehkan isteri atau bekas isteri menjadi pemilik bersama tanah berkelompok.

Wednesday, December 14, 2011

SMBJ 18: Fahamkah Pakatan Dengan Apa Yang Dijanjikan Dalam Buku Jingga Mereka?

Janji Buku Jingga

Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.
Ulasan
Lagi janji yang tidak membuktikan apakah pelan tindakan Pakatan dalam isu ini. Malah tidak mustahil sebahagian pemimpin Pakatan sendiri tidak faham kenyataan ini dan hanya dimasukkan oleh NGO-NGO yang menyokong Pakatan.
Sebenarnya, menurut Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) dan Protokol Kyoto, Malaysia, sebagai negara membangun, tidak mempunyai sebarang komitmen untuk mengurangkan pelepasan gas-gas rumah kaca (GHG).
Namun iltizam dan hasrat untuk melestarikan alam sekitar negara dan dunia  telah jelas sekali apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Malaysia secara sukarela akan mengurangkan Intensiti pelepasan GHG berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sehingga 40 peratus berbanding pada tahun 2005 menjelang tahun 2020.

Kerajaan telah menerbitkan Dasar Perubahan Iklim Negara dan seterusnya menubuhkan Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim yang bertujuan untuk mengarusperdanakan tindakan-tindakan adaptasi dan mitigasi yang diambil oleh kerajaan di dalam menangani isu perubahan iklim secara bersepadu.
Justeru ketika janji Pakatan tidak ada hala tuju dan pelan tindakan, Barisan Nasional telah mempunyai pelan tindakan untuk dikotakan.


Tuesday, December 6, 2011

SMBJ 17: Lawak -Pakatan Hendak Kawal Aktiviti Pembalakan

Janji Buku Jingga

Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.

Ulasan:


Pembangunan yang mapan? Lawak jenaka apa yang Pakatan janjikan ini. Di Kelantan selama lebih 20 tahun memerintah dah cerah hutan ditebang untuk balak. (baca sini). Di Selangor yang kononya lebih ramai pejuang alam sekitar dalam Pakatan termasuk EXCO "bogel", sudah banyak pembalakan "haram" yang direstui secara senyap kerajaan negeri berjalan di Hulu Langat. Sebab itu dengan tiba-tiba Kajang dilanda banjir terbesar dalam masa 40 tahun.

Lihat juga kawasan hijau sepanjang lebuh raya persekutuan berhampiran tol batu tiga, Semuanya ditebang sejak zaman Pakatan memerintah.

Dalam pada itu, pendekatan pembangunan mapan (sustainable development) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sehingga kini telah berjaya mengekalkan 56.4 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan. Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dilaksanakan sebagai salah satu kriteria utama dalam Sustainable Forest Management (SFM) yang bertujuan mengawal pembukaan kawasan hutan untuk mendapatkan hasil.

Tuesday, November 29, 2011

SMBJ (16): Pakatan Pejuang Alam Sekitar?

Janji Buku Jingga

Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.

Ulasan:

Apa program kitar semula Pakatan di negeri-negeri pentadbirannya? ilek!

Yang ada sekarang ini ialah kerajaan Selangor suruh orang bayar RM 0.20 duit plastik jika beli barang hari sabtu. Ini kempen alam sekitar atau kempen nak tolong peniaga dapat balik modal beli plastik. Sungguhpun dijanjikan kutipan tersebut akan masuk dalam tabung alam sekitar, tapi siapa pernah audit atau periksa?

Di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, program pengurangan sisa melalui kitar semula telah lama dilaksanakan. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti kempen pendidikan dan kesedaran, prasarana dan sistem yang menyeluruh. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia secara berterusan melaksanakan program galakan amalan kitar semula buangan di bawah bidang kuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sebanyak 440 buah tong kitar semula telah ditempatkan oleh Jabatan Alam Sekitar di 200 premis seluruh Malaysia.

Di Selangor jangan kata nak kitar semula sampah. Hendak angkut sampah sedia ada pun tidak mampu lagi. Tidak percaya? Sila datang melawat bandar sunway.

SMBJ (15): Chua Jui Meng Gelak Baca Buku Jingga?

Janji Buku Jingga

Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.


Ulasan:

Nak kaji dan teliti apa? Retorik lagi. Takkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng tidak tahu apa masalah dalam isu ini? Sebenarnya tiada isu, sebab itu terpaksa buat ayat muluk-muluk hanya untuk sedapkan hati rakyat konon mereka prihatin.

Walaupun bagi perkhidmatan-perkhidmatan di hospital yang telah diswastakan, pesakit masih lagi membayar caj rawatan yang sama mengikut Perintah Fee (Perubatan) 1982 di mana kadar bayaran yang dikenakan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan masih sama dan tidak dinaikkan. Ia bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kadar caj kesihatan seperrti mana yang dikenakan pusat perubatan swasta.

Kalau jujur berjanji mesti terangkan apa kelemahan dan apa yang akan dibuat. Kalau setakat ulasan retorikal tanpa fakta, maka pembohong namanya.

Monday, November 21, 2011

SMBJ (14): Awas Kakitangan Perkhidmatan Kesihatan, Buku Jingga Mahu Auta

Janji Buku Jingga

Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.

Ulasan

Siapa pun tidak boleh pastikan apakah yang dimaksudkan oleh Buku Jingga Pakatan mengenai skim ganjaran ini. Janji tanpa perincian ini menunjukkan mereka tidak mempunyai sebarang idea untujk dilaksanakan.

Sebaliknya Barisan Nasional melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan pelbagai elaun dalam proses penambahbaikan kakitangan perubatan di hospital kerajaan. Kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM750. Turut dinaikkan Kadar Bayaran Insentif Pakar, termasuk Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam (BIPKA) dan Bayaran Insentif Pengarah Hospital (BIPH).

Bagi kakitangan yang bertugas selepas waktu pejabat, disediakan Bayaran Insentif Klinik Selepas Waktu Pejabat pada kadar RM80.00 sejam kepada pegawai perubatan manakala Bayaran Insentif Khas (pembedahan Elektif) pada kadar RM200 sejam kepada pakar dan RM80.00 sejam kepada pegawai perubatan.

Apa lagi yang buku Jingga mahu janjikan? Bulan dan Bintang?

Thursday, November 10, 2011

SMBJ (13): Hal Kesihatan Rakyat Pun Anwar Mahu Auta

Janji Buku Jingga

Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.


Ulasan

Satu janji pembohong dan penipu. Secara logiknya tiada negara mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan kerajaan yang setanding dengan pihak swasta. Ini kerana kerajaan memberi subsidi yang besar dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan. Rakyat hanya membayar kos minimum untuk pendaftaran. Kebanyakan ubat berharga ratusan ringgit diberi secara percuma.

Perkhidmatan kesihatan kerajaan berasaskan keperluan kesihatan semata. Ini bermakna apa sahaja rawatan yang diberikan memenuhi kehendak dan keperluan perubatan.

Sebaliknya pihak swasta menyediakan perkhidmatan berasaskan kehendak pelanggan atas perkara-perkara yang tiada kena-mengena dengan keperluan perubatan seperti penyewaan bilik seperti hotel, kemudahan temu janji dengan doktor.

Kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Manakala kumpulan yang mampu atau dilindungi insurans boleh memilih hospital swasta yang mengenakan bayaran yang jauh lebih tinggi.

Selain itu, sebelum kelahiran Buku Jingga lagi, satu Memorandum Kabinet mengenai cadangan untuk Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan telah disediakan pada September 2009. Bagaimanapun memorandum tersebut tidak dibentangkan ke Kabinet kerana ia memerlukan pindaan di peringkat Parlimen.


Janji Buku Jingga


Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.



Ulasan

Retorik lagi. Adakah perkhidmatan kesihatan awam hari ini tidak cekap, meluas dan bermutu? Perkhidmatan kesihatan awam di negara ini melangakaui batas ruang dan kawasan. Di kawasan-kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang belum mempunyai jaringan pengangkutan yang cekap turut mempunyai perkhidmatan kesihatan.

Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan di hospital kerajaan telah diberikan subsidi yang tinggi oleh kerajaan di mana kutipan hasil kerajaan daripada rawatan tersebut tidak pun sampai 5 peratus dari peruntukan keseluruhan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun, Kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan kadar subsidi ini bagi memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memperoleh khidmat kesihatan yang sempurna.

 Caj yang dikenakan oleh hospital kerajaan adalah amat rendah misalnya bagi mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar, bayaran yang dikenakan hanyalah RM 1.00 sahaja (walaupun pesakit menjalani pemeriksaan makmal, pemeriksaan X-Ray dan diberikan ubatan yang kosnya adalah amat tinggi).

Selain dari itu bagi golongan miskin, caj rawatan di hospital boleh dikecualikan. Mereka juga boleh memohon Tabung Bantuan Perubatan bagi membiayai kos rawatan perubatan yang tinggi di hospital kerajaan.

Jadi kita hendak tahu apa lagi keadaan yang munasabah yang boleh disediakan oleh Pakatan seperti yang dijanjikan oleh Buku Jingganya?

Apa yang tertera dalam Buku Jingga mengenai hal kesihatan bukanlah janji atau manifesto tetapi sekadar kata-kata manis tanpa sebarang langkah atau janji yang konkrit. Ini dibuat dengan tujuan apabila menang nanti rakyat tidak boleh menuntut janji mereka seperti yang berlaku kepada kerajaan negeri Selangor sekarang dalam isu Air percuma.

Jika benar mereka mahu membuat pembaharuan dalam isu perkhidmatan kesihatan awam, maka Pakatan perlu nyatakan secara spesifik dan fakta apa perubahan yang ingin mereka buat.

Thursday, November 3, 2011

SMBJ (12) Demokrasi Perkauman DAP Dalam Buku Jingga

Mereka bukan mahukan ketelusan dan kebertanggungjawaban kerana sekarang pun ketika mempunyai kuasa di peringkat negeri mereka tidak mempraktikkan.Mereka mahukan orang Cina menguasai semula kawasan bandar seperti zaman sebelum 1969. Inilah politik perkauman licik DAP.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Janji Buku Jinga
Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.
Ulasan

Dalam pilihan raya 2008, Pakatan telah berjanji untuk mengadakan pilihan raya PBT jika menang. Sehingga kini tiada satu pun PBT di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang mengadakan pilihan raya Majlis Tempatan. Alasan yang digunakan ialah tidak mempunyai kemampuan kewangan. Dulu mereka mencemuh kerajaan BN bila memberi alasan yang sama.

Sebaliknya mereka hari ini meletakkan pemimpin-pemimpin mereka sebagai ahli Majlis. Sebahagian pemimpin mereka menjadi wakil bagi nama-nama badan bukan kerajaan. Ini satu taktik untuk menunjukkan kononnya mereka lebih terbuka.

Semua peruntukan berhubung dengan pilihanraya kerajaan tempatan telah dimansuhkan. Jika ingin mengadakan semula pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ia memerlukan suatu keputusan di peringkat dasar mengikut negeri masing-masing. Namun begitu, bidang kuasa di peringkat negeri adalah terletak di bawah Majlis Negara Kerajaan Tempatan.

Mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bermakna menambahkan satu lagi pesta politik. Selain daripada 222 kawasan parlimen, 505 kawasan DUN, ada 144 Pihak Berkuasa Tempatan. 144 pihak berkuasa tempatan ini pula sebahagiannya mempunyai ratusan seksyen dan komuniti penduduk. Anda kira sendiri kos dan keadaan bila pilihan raya PBT dilaksanakan.

Jika pengalaman pilihan raya kerajaan tempatan lalu diambil kira, kemungkinan senario yang berlaku ialah kerajaan negeri dan PBT dikuasai parti berbeza. Begitu juga dengan keadaan sekarang, PBT di bawah kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang, manakala Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN).

PBT atau kerajaan negeri yang mempunyai hasil pendapatan kukuh mungkin tidak menghadapi banyak masalah dari segi kewangan, tetapi bagaimana dengan nasib kebanyakan PBT yang bergantung kepada peruntukan Kerajaan Pusat?

Bukan rahsia ada PBT, termasuk di negeri yang dilabelkan sebagai maju tidak mampu membiayai kos pelupusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Apa pun yang berlaku, rakyat tidak seharus menjadi mangsa kerana pertelagahan akibat perbezaan fahaman politik.
Kumpulan yang beria-ia mahukan pilihan raya PBT diadakan semula ialah Parti Tindakan Demokratik (DAP). Sebuah parti sosialis yang berselindung di sebalik nama demokrasi. DAP mendakwa dengan mengadakan pilihan raya PBT, penduduk boleh memilih wakil mereka dalam PBT dan mengelakkan pembaziran dan penyelewengan.

Bukankah pilihan raya negeri dan persekutuan yang diadakan tidak juga menjamin kerajaan yang bersih dan tiada pembaziran mahu pun penyelewengan? Malahan DAP sendiri yang menguasai Selangor hari ini rakus menentukan pembahagian projek, pengagihan kontrak PBT dan merebut peluang yang ada.

Pada April 2009 berlaku pertikaian antara Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya Derek Fernandez dengan Suresh R Menon. Frenandez mengugut untuk membuat laporan Polis berikutan penyebaran Minit Mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang membabitkan keputusan papan iklan gergasi (billboard). Dikatakan salinan minit mesyuarat tersebut diedarkan kepada ADUN-ADUN Pakatan di Selangor.
During the MBPJ full board meeting last month, councillor Derek Fernandez said he would lodge a police report against the person who has been distributing government documents that were classified under the OSA.

 Fernandez was referring to a Suresh R Menon who had sent out letters to state assemblymen of the alleged favouritism that MBPJ was practising in the implementation of the new billboard regulations.

The letters were attached with copies of the council’s meeting minutes, which are labelled secret. - The Star, Wednesday April 15, 2009, Declassify documents, PJ folk tell MBPJ
Semasa BN Fernandez merupakan aktivis yang sering berkempen meminta didedahkan dokumen-dokumen MBPJ. Malahan suatu ketika beliau mahukan butiran terperinci atas setiap pembayaran didedahkan kepada tatapan umum.

Anehnya, apabila DAP menguasai Selangor dan beliau menjadi ahli Majlis MBPJ, beliau sendiri mahu menghalang ketelusan dan keterbukaan. Demokrasi kepala bapak dia!

Inikah parti dan kumpulan yang berjanji mahu mengadakan pilihan raya PBT untuk menjaga kepentingan rakyat? Mereka sebenarnya mahu menjaga kepentingan mereka. Seandainya mereka kalah di negeri dan Persekutuan, ada satu lagi pentas politik mereka untuk berkuasa.

Bagi DAP mereka mahukan pilihan raya PBT kerana mahukan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan ahli Majlis DBKL yang sekarang ini didokongi oleh pelbagai kaum hanya di kuasai oleh Kaum Cina yangcauvinis di dalam DAP. Mereka tidak mahu kaum cina yang terbuka dan liberal.

Teresa Kok membantah tulisan Jawi dalam papan tanda di sekitar Kuala Lumpur... bayangkan kalau dia jadi datuk Bandar
Sikap anti-bahasa kebangsaan Teresa Kok yang jelas...
inilah yang Sasterawan Negara A. Samad Said puja 

Mereka juga mahukan Datuk Bandar MBPJ, Datuk Bandar MPSJ, YDP Majlis Perbandaran Selayang dan lain-lain PBT yang kukuh kewangan terdiri daripada orang Cina DAP. Semua ini akan memudahkan mereka membentuk PBT yang berusnurkan kecinaan dalam membuat keputusan, pemberian lesen perniagaan dan juga pemaparan papan tanda tulisan Cina.

Mereka bukan mahukan ketelusan dan kebertanggungjawaban kerana sekarang pun ketika mempunyai kuasa di peringkat negeri mereka tidak mempraktikkan.Mereka mahukan orang Cina menguasai semula kawasan bandar seperti zaman sebelum 1969.

Wednesday, November 2, 2011

SMBJ (11): Retorik Demokrasi Dalam Buku Jingga

Janji Buku Jinga
Mewajibkan perlantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.
Ulasan

Jika dikaji secara teliti, proses yang sedia ada sebenarnya telah mencukupi dan amat telus. Keperluan mendapatkan kelulusan Parlimen sebenarnya adalah proses yang panjang dan akan menghasilkan keputusan yang sama kerana parti yang memerintah adalah suara majoriti di parlimen. Kenapa perlu membuang masa atau menyukarkan prosedur yang sudah pun mudah?

Ini semua hanyalah janji-janji manis retorik politik kononnyauntuk menunjukkan mereka lebih terbuka. Hakikatnya di Selangor dan Pulau Pinang mereka bermaharajalela di mata, bersultan di hati dalam membuat pelbagai keputusan termasuklah melantik kroni-kroni mereka menduduki GLC negeri.

Monday, October 31, 2011

SMBJ (10): Ulasan-Ulasan Demokrasi Cap Ayam Buku Jingga

Hakikatnya, janji-janji Buku Jingga mengenai institusi-institusi ini hanyalah retorik politik untuk mengesahkan fitnah-fitnah mereka mengenai keruntuhan institusi-institusi utama negara. Sedangkan realtinya mereka sendiri berada dalam sebahagian institusi ini dan mengambil peranan aktif tanpa sebarang halangan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buku Jingga berjanji untuk mengadakan Pemisahan Kuasa dengan:
Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.

Ulasan

Kerajaan telah menggubal Akta Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) pada tahun 2009 bagi menjamin kebebasan dalam perlantikan hakim-hakim. SPK merupakan sebuah badan yang akan menyelaras serta mengenal pasti calon-calon yang berkelayakan untuk dipertimbangkan sebagai hakim sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri bagi dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

SPK akan mengesyorkan kepada Perdana Menteri untuk di bawa ke mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan bermesyuarat bagi menentukan perlantikan Hakim. Nama-nama yang dicadangkan oleh SPK akan dipertimbangkan sebelum diterima oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Suruhanjaya ini mempunyai tanggungjawab bagi mempertahankan Perlembagaan Negara agar setiap kandungan mengenai perlantikan hakim tidak akan dicabul serta bagi melindungi rakyat Malaysia daripada sebarang pencabulan hak mereka.

Sehingga kini kerajaan dan Perdana Menteri belum pernah membantah perlantikan mana-mana hakim yang dikemukakan oleh Suruhanjaya kepada YDP Agong. Malahan peranan PM dalam perlantikan hakim-hakim tidak ubah seperti "posmen" yang hanya menjadi penyampai cadangan perlantikan daripada suruhanjaya kepada YDP Agong.

Buku Jingga juga berjanji untuk menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan kuasa timbang tara.
Ulasan

Insitusi Parlimen adalah sebuah badan berasingan dari kerajaan selaku eksekutif. Parlimen selaku penggubal undang-undang, badan kehakiman selaku pelaksana dan Kabinet, adalah pihak eksekutif selaku pentadbir negara. Perjalanan Parlimen di negara ini hampir sama dengan negara-negara demokrasi dalam komanwel yang lain termasuk United Kingdom.

Malahan jika dilihat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan juga tidak membuat sebarang perubahan yang mereka laung-laungkan untuk menjamin ketelusan dan kuasa timbang tara.

Sungguhpun ada perubahan dirancang dan di buat di Selangor ia hanyalah merupakan perubahan kosmetik yang mencerminkan pergelutan kuasa antara parti-parti pemerintah - PKR dan DAP.

Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) ditukar nama kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) tanpa sebarang kepentingan yang signifikan kecuali untuk mencatatkan nama Teng Chang Kim sebagai penukar nama DUN kepada DNS.

Teng juga mahukan Dewan Negeri Selangor dijadikan entiti baru yang beliau mempunyai kuasa lebih besar daripada Speaker sebelum ini dan juga bakal menghakis kuasa DYMM Sultan Selangor.

Dari segi keuntungan kepada rakyat dan demokrasi ia tidak membawa apa-apa perubahan. Sebaliknya, jawatankuasa-jawatankuasa DNS masih lagi sama seperti jawatankuasa Parlimen di mana pihak kerajaan mempunyai wakil majoriti dan menjadi pengerusi jawatankuasa.

Ini hanya untuk menunjukkan DAP juga berkuasa di Negeri Selangor bukannya demi demokrasi yang lebih baik atau "check and balance" yang diuar-uarkan.
Jika benar mahu melaksanakan perubahan ke arah ketelusan dan pendemokrasian yang lebih unggul seperti janji buku Jingga, maka sewajarnya perubahan-perubahan tersebut di buat di peringkat negeri yang mereka telah kuasai dahulu. Beranikah mereka membenarkan pembangkang di Selangor mengetuai jawatankuasa-jawatankuasa di dalam DUN?

Buku Jingga berjanji untuk menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.

Ulasan:
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia sememangnya bertanggungjawab kepada parlimen kerana setiap suruhanjaya ini dikehendaki mengemukakan laporan tahunan kepada parlimen.

Malahan SPRM misalnya turut mempunyai jawatankuasa penilai yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pembangkang dan Kerajaan.

Semua kes yang telah selesai siasatan dan tidak akan diambil tindakan di bawa kepada jawatankuasa penilai yang dianggotai oleh wakil kerajaan, pembangkang dan badan bukan kerajaan.

Jawatankuasa ini akan menilai dan mempunyai kuasa untuk mengarahkan SPRM menyiasat semula jika mereka dapati siasatan asal lemah dan tidak terperinci. Sehingga hari ini tiada wakil rakyat pembangkang yang berada dalam panel ini tampil menyatakan perjalanan jawatankuasa penilai ini gagal menjalankan tugas mereka atau SPRM tidak patuh kepada pandangan mereka.

Hakikatnya, janji-janji Buku Jingga mengenai institusi-institusi ini hanyalah retorik politik untuk mengesahkan fitnah-fitnah mereka mengenai keruntuhan institusi-institusi utama negara. Sedangkan realtinya mereka sendiri berada dalam sebahagian institusi ini dan mengambil peranan aktif tanpa sebarang halangan.

Thursday, October 27, 2011

SMBJ (9): Janji-Janji Demokrasi Munafiqun

Janji Buku Jingga
Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperoleh pada pilihan raya umum.


 Ulasan
 

1. Kerajaan tidak pernah mewujudkan sebarang tabung kepada mana-mana parti politik pun bagi tujuan berkempen dalam pilihanraya.

2. Kalau benar Pakatan mahu melaksanakannya, apa kata buat dulu di negeri Selangor? Sekarang ini pun di Selangor peruntukan hanya di beri kepada ADUN Pakatan sahaja. Dulu janji jika memerintah semua ADUN tak kira parti dapat. Sekarang apa "cer"? Penipu tetap penipu!



Janji Buku Jingga

Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.


Ulasan:
Ketika ini kerajaan sudah pun mempunyai undang-undang yang lengkap untuk menghukum dan membanteras kesalahan berkaitan pilihan raya iaitu yang jelas tertakluk di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga akan bertanggungjawab berkaitan isu rasuah tidak mengira ketika pilihanraya atau sebagainya.

Masalahnya, bolehkah Pakatan terima jika tindakan diambil ke atas mereka? Janganlah berjanji nak buat macam-macam undang-undang kalau diri sendiri terang-terangan buat bertentangan dengan apa yang dijanjikan.

Dalam pilihan raya kecil di DUN Galas, Mursyidul AM Pas terang-terangan memberi wang kepada pengundi di sana atas alasan wang zakat.

Apa agaknya akan berlaku jika tindakan di ambil ke atas Parti Pas dan kemenangan dibatalkan? Memali 2?


Nyata sekali janji-janji demokrasi dalam Buku Jingga hanyalah untuk orang lain tetapi bukan untuk mereka. Jika belum memerintah berani merasuah secara terang-terangan seperti ini apakah akan mereka lakukan jika mereka menang?

Anda nilai sendiri mereka ini ikhlas atau munafiq?

Monday, October 24, 2011

SMBJ (8): Kuasa Lebih Utama Dari Keadilan Untuk Rakyat

Janji Buku Jingga

Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.

Ulasan:
Ini merupakan agenda untuk membentuk persepsi kononnya kerajaan yang ada hari ini memerintah tanpa mendapat majoriti suara rakyat.

Kerajaan tidak boleh sesuka hati membuat perubahan kepada persempadanan kawasan undi kerana proses persempadanan perlu dilakukan berdasarkan prinsip persempadanan dan formula luas kawasan. Ia mengambil kira jumlah pemilih bahagian dan jumlah pemilih negeri berdasarkan 3 kategori iaitu pemilih di bandar, separuh bandar dan pemilih di luar bandar.


Hakikatnya, BN masih mengungguli undi popular. Malahan UMNO merupakan parti terbesar mendapat undi popular. Jadi adakah kerajaan hari ini tidak mewakili suara majoriti rakyat?





Kriteria yang telah ditetapkan mengikut Seksyen 4 Bahagian 2 Jadual 13 Perlembagaan ialah:

i- Pemilih hendaklah lebih kurang sama kecuali bagi kawasan-kawasan luar bandar yang menghadapi masalah perhubungan.
Kawasan Puchong mungkin mempunyai pengundi seramai 79 ribu orang berbanding Parlimen Kinabatangan hanya mempunyai pengundi 12 ribu orang. Namun seorang wakil rakyat dalam parlimen Puchong boleh menghabiskan hanya separuh hari untuk mengelilingi kawasan puchong berbanding wakil rakyat Kinabatangan yang terpaksa mengambil berminggu untuk menghabiskan pusingan di kawasannya. Malahan bagi kawasan yang jauh lebih pedalaman di Sabah dan Sarawak ada wakil rakyat terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk habis mengelilingi kawasannya.


Jumlah pengundi yang ramai dalam Parlimen bandar tidak memberi kesan kepada perkhidmatan wakil rakyat kerana kepadatan dan juga pengangkutan yang cekap. Namun untuk memberi perkhidmatan di luar bandar, wakil rakyat bukan sahaja berhadapan dengan kekangan keluasan kawasan, masalah jalan pengangkutan tetapi juga keperluan masyarakat luar bandar yang lebih banyak.


Pengundi di bandar tidak bergantung banyak kepada wakil rakyat mereka berbanding dpengundi luar bandar. Di luar bandar, wakil rakyat bukan sekadar hadir sidang Parlimen tetapi juga perlu hadir pelbagai acara masyarakat dan juga bersedia dihubungi oleh pengundinya pada bila-bila masa. Daripada masalah kewangan, kehilangan ternakan, bantuan ke universiti dan juga membantu mencari kerja semuanya dihujani kepada wakil rakyat di luar bandar.


Ada wakil rakyat di Kedah dikejutkan tengah malam oleh penduduk kampung untuk mengadu kehilangan lembunya. Justeru beban wakil rakyat luar bandar lebih besar berbanding wakil rakyat dalam bandar seperti Puchong.


Justeru cadangan untuk menyamaratakan jumlah pengundi di semua kawasan parlimen tanpa mengambil kira kedudukan muka bumi dan keperluan rakyat setempat menunjukkan sikap penting diri Pakatan untuk menang pilihan raya bukannya untuk membantu rakyat.


Adakah adil kita terus memberi sokongan kepada mereka yang bukan sahaja mementingkan diri untuk berkuasa sehingga sanggup menidakkan hak pengundi luar bandar mendapat perkhidmatan yang lebih cekap?


Lebih serius adakah wajar kita terus mengundi wakil rakyat Pakatan yang jelas tidak malu-malu berbohong dan mewujudkan keraguan tanpa sebab kepada kalangan rakyat?

Wednesday, October 19, 2011

SMBJ (7): Utopia Keadilan Media Massa Buku Jingga

[SMJB - Siri Menjawab Buku Jingga a.k.a Siri Meliwat Buku Jingga]

Janji Buku Jingga
Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil, tempoh kempen yang munasabah serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.
Ulasan

1. Tiada keadilan liputan media dalam mana-mana sistem demokrasi. Pengamal media massa mempunyai kepentingan, kecenderungan dan pandangan tersendiri. Justeru liputan bergantung kepada kepentingan mereka. Lihat sahaja cara Malaysiakini membuat liputan yang kadang-kadang bukan sahaja memihak malah berbohong untuk memihak kepada parti yang mereka sokong.
Di Amerika Syarikat, media massa juga mengambil langkah menyokong calon dan parti tertentu menjelang pilihan raya. Sokongan ini kemudiannya menentukan bagaimana mereka membuat liputan ke atas sesuatu calon atau parti.
Di United Kingdom juga akhbar atau media massa memihak kepada parti yang mereka anggap boleh membantu kemajuan negara atau mungkin kerana perasaan peribadi para pengamalnya,. Contohnya dalam pilihan raya 1992, The Sun UK secara terbuka berkempen menyokong parti konservatif. Apabila konservatif menang, akhbar tersebut tidak segan silu mengaku bahawa ia merupakan kemenangan The Sun.
Namun persoalan yang lebih penting adakah kita percaya Pakatan akan memberi lebih ruang kebebasan kepada media arus perdana membuat liputan yang tidak memihak kepada mereka jika ia memerintah?


Lim Guan Eng enggan membenarkan Utusan Malaysia membuat liputan sidang akhbarnya kerana akhbar tersebut tidak memihak kepada beliau.

Jika benar Pakatan mengamalkan kebebasan media yang wewenang, mengapa harus dihalang wartawan Utusan dari menghadiri sidang akhbar beliau dan juga sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang? Dakwaan Utusan tidak berlaku adil kepada beliau atau salah lapor mengenai kenyataan beliau hanyalah alasan biasa ahli politik.

Jika tidak mempunyai kuasa sudah mencari pelbagai cara menghalang media membuat liputan, apakah kita akan percaya orang yang sama akan mengamalkan kebebasan media, jika beliau mempunyai kuasa menghalang dan menekan media agar mengikut telunjuk beliau?

Lihat sahaja beberapa sidang akhbar Anwar Ibrahim apabila isu yang dibangkitkan wartawan tidak memihak kepada beliau:

Justeru jika ada yang percaya Pakatan akan memberi ruang kebebasan media yang lebih jika mereka berkuasa hanyalah omongan kosong sahaja. Janji politik yang mereka sendiri tidak dapat laksanakan sekarang ini. Jika belum berkuasa penuh sudah bermacam ancaman dan tindakan bertentangan dengan kebebasan media, apatah lagi jika berkuasa.

Lagipun semua orang sudah tahu rekod Anwar menguasai media massa melalui Johan Jaaffar dan Nazri Abdullah. Ketika itu editor media massa utama yang tidak meyokong beliau (bukan parti pun) pasti akan berhadapan pelbagai masalah dan diadakan bermacam masalah untuk mengeluarkan editor-editor ini. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Zainuddin Maidin (Utusan) dan Kadir Jasin (NSTP). Kedua-dua mereka kerana dianggap orang Mahathir maka terpaksa berhadapan dengan segerombolan konsco-konco Anwar. ZAM disingkirkan dari Utusan, manakala jawatan Kadir dikecilkan.

2. Tempoh berkempen bagi sesuatu pilihan raya tertakluk kepada peraturan yang mengambil kira keadaan semasa dan setempat. Ia akan diputuskan oleh pihak SPR. SPR sentiasa mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat sesuatu keputusan berhubung tempoh kempen kerana SPR juga perlu memastikan bahawa tugas mereka dapat dilaksana dengan cekap dan lancar.

Lagi pun Pakatan telah berkempen selama lebih tiga tahun sejak habis pilihan raya lalu. Setiap minggu, dan setiap bulan ada sahaja ceramah perdana. Apakah ini tidak cukup lagi?

Apa lagi yang mahu diterangkan kepada rakyat sehingga memerlukan masa kempen pilihan raya yang begitu panjang dan menyebabkan banyak kerja kerajaan tidak dapat diselesaikan kerana Parlimen dibubarkan dan kerajaan merupakan caretaker government?

Pembangkang yang tidak mempunyai banyak kerja hanya memikirkan keseronokan berceramah dan berpenglipur lara menghiburkan hati rakyat. Sedangkan untuk membangunkan negara ini banyak masa perlu diperuntukkan untuk pentadbiran dan mencari pelaburan, jika tempoh kempen mengambil masa berbulan-bulan, apa akan terjadi kepada pentadbiran negara dan masa depan rakyat?

3. Pilihan raya tidak telus tapi Pakatan rampas dua negeri kaya Selangor dan Pulau Pinang? Jika pilihan raya tidak telus lebih baik BN bagi Pakatan menang negeri yang kecil dan tidak mempunyai sumber yang banyak. Malangnya kerana pilihan raya ini dijalankan secara telus dan terbuka, maka BN terpaksa menerima kekalahan lima negeri kepada Pakatan juga hilang majoriti 2/3.

Monday, October 17, 2011

SMBJ (6): Momokkan Demokrasi Buku Jingga

Janji Buku Jingga

Sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil: Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
Ulasan
1. Mengapa mahu dipaksa orang ramai mendaftar sebagai pengundi? Adalah hak rakyat sama ada mahu mendaftar atau tidak sebagai pengundi. Tindakan mewajibkan seseorang individu mendaftar dan mengundi juga adalah suatu yang bertentangan dengan prinsip demokrasi.

2. Pendaftaran automatik tidak dijalankan kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat tetap yang tercatat dalam kad pengenalan. Justeru, perkara ini memberi kesulitan kepada pemilih itu sendiri ketika tiba waktu pilihan raya kelak.
3. Penetapan untuk remaja berusia 18 tahun sebagai pemilih adalah suatu yang tidak rasional kerana golongan ini  masih berada di bangku sekolah. Mereka tidak layak mengundi kerana rakyat Malaysia di bawah umur 21 adalah ditakrifkan sebagai remaja yang masih di awal usia dan perlu memberi tumpuan kepada menuntut ilmu di sekolah.

Janji Buku Jingga

Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.

Ulasan

1. Perlaksanaan undi pos memberi peluang kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pegawai yang bertugas di luar negara untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Dalam pada itu, hak mengundi warganegara Malaysia yang berada  di luar negara hanyalah kepada  anggota kerajaan yang sedang berkhidmat serta pasangan mereka atau pelajar yang menuntut sepenuh masa serta pasangan yang berhak mengundi berlandaskan Perkara 119 (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Pilihan Raya.
Ketika ini juga proses penambahbaikkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sentiasa di laksanakan dari semasa ke semasa. Antaranya adalah dengan menghapuskan nombor siri pada kertas undi serta menggunakan peti lut sinar supaya ia lebih telus tanpa sebarang syak wasangka terhadap proses penjumlahan kertas undi dan sebagainya.
2. Idea dakwat kekal bukanlah idea untuk keadilan mahu pun ketelusan. Hanya beberapa negara membangun menggunakan sistem dakwat kekal ini seperti di beberapa negara Afrika, Indonesia dan India. Indonesia dan India terpaksa menggunakan dakwat kekal sebagai pilihan kerana rakyat yang terlalu ramai dan sistem identiti diri yang kurang baik.

Sebaliknya sistem identiti diri di Malaysia setanding negara maju seperti Singapura, United Kingdom dan United States of America. Kebanyakan negara di dunia ini tidak menggunakan dakwat kekal sebagai tanda dalam pilihan raya.
Isu dakwat kekal ini dibangkitkan hanya untuk momokkan kononnya pilihan raya kita tidak telus.

Apa akan terjadi jika ada pula pihak tertentu menggunakan dakwat kekal untuk mensabotaj pengundi dengan mencalit ke jari sebelum mengundi? Apa akan terjadi jika ada pihak yang mensasarkan golongan tertentu dengan agar tidak mengundi dengan membayar lebih awal agar jari mereka dicalit dakwat kekal sebelum hari pengundian?
Malahan pengundian di kalangan anggota tentera juga disaksikan oleh wakil-wakil parti politik bertanding, sekaligus menolak dakwaan undi tentera dimanipulasi oleh BN.

Logiknya apakah negara-negara seperti England, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Belanda, Jerman, Korea Selatan dan ratusan negara lain yang tidak menggunakan dakwat kekal sebagai elemen pilihan raya dianggap sebagai tidak telus?

Friday, October 14, 2011

SMBJ (5): Buku Jingga Memecah Belahkan Rakyat dan Negara

Janji Buku Jingga

Menjamin semangat Persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.
Ulasan:

Janji ini hanyalah merupakan satu retorik politik untuk menarik sokongan rakyat Sabah dan Sarawak. Dalam perjanjian Penubuhan Malaysia-Sabah-Sarawak, antara perkara yang perlu dijaga ialah Perlembagaan, agama, bahasa, hak kerakyatan, kerajaan negeri, pelajaran dan gelaran ketua menteri. Tujuan Sabah dan Sarawak mengutarakan perkara tersebut bagi melindungi kepentingan, hak-hak serta kuasa autonomi rakyat Sabah dan Sarawak dan juga kepentingan rakyat

Sangat aneh untuk Pakatan berjanji sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti apa yang perlu dibuat. Dari satu segi mereka mahukan sebuah negara yang bersatu padu dan menjaga kepentingan semua pihak. Namun dari satu segi lagi mereka mahu memecah belahkan perpaduan rakyat melalui janji-janji khusus kepada Sabah dan Sarawak dan memberi gambaran seolah-olah Kuala Lumpur menindas Sabah dan Sarawak. 

Hakikatnya peruntukan kepada Sabah dan Sarawak diagihkan seadilnya seperti juga negeri-negeri lain dalam Persekutuan. 

Adakah Pakatan mahu menyatakan penduduk Sabah dan Sarawak tidak sama dengan rakyat Malaysia di Semenanjung?

Thursday, October 13, 2011

SMBJ (4): ISA dan Darurat

Janji Buku Jingga

Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

Ulasan:

Tidak relevan lagi kerana telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Malahan YAB Perdana Menteri telah memansuhkan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan mengumumkan pembebasan ramai tahanan tanpa bicara beberapa minggu lalu.


Wednesday, October 12, 2011

SMBJ (3): Martabatkan Bahasa Melayu Konon!

Janji Buku Jingga:

Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Kerajaan Barisan Nasional sememangnya amat serius dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ketika ini Bahasa Melayu wajib digunakan bagi maksud urusan rasmi kerajaan termasuk di Parlimen, sebagai teks sahih undang-undang negara serta sebagai bahasa komunikasi di mahkamah.

Lebih daripada itu sebelum janji buat dulu di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Selangor yang diperintah oleh Pakatan tidak lagi mengutamakan penggunaan bahasa Melayu. Slogan negeri pun menggunakan bahasa Inggeris " Selangor Shine".

Tuesday, October 11, 2011

SMBJ (2): Retorik Pakatan Mengenai Agama dan Raja-raja

Janji Buku Jingga:

Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Kami untuk:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Ulasan:

Hello Pakatan! Sememangnya Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan manakala Raja-raja Melayu adalah merupakan ketua agama Islam.

Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.Sememangnya Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan di mana Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Negara.

Yang anehnya bagaimana Pakatan mahu mempertahankan agama Islam sedangkan institusi agama Islam di Selangor hari ini dilanyak secukup-cukupnya oleh wakil rakyat Pakatan hanya kerana menjalankan tugas mereka. Tanyalah para pegawa Jabatan Agama Islam Selangor yang sebelum ini rata-ratanya adalah penyokong Pas. Adakah sekarang ini mereka merasakan Islam ditegak dan dipertahankan?

Salah seorang wakil rakyat Pakatan juga sedang berhadapan dengan kes jenayah di Mahkamah kerana menghina Duli Yang Maha Mulis Tuanku Sultan Selangor. Namun sehingga kini wakil rakyat ini tidak digantung mahu pun mendapat sebarang amaran kerana tulisan beliau itu.

Seorang wakil rakyat Pakatan suatu ketika dahulu ketika menjadi pembangkang enggan memakai songkok untuk upacara angkat sumpah ADUN Selangor di hadapan DYMM Tuanku. Sekarang ini menjadi Speaker negeri. Adakah ini orang yang hendak diberi kepercayaan mengotakan janji mereka mengenai Islam dan raja-raja?

Monday, October 10, 2011

SMBJ (1): Janji dan Tuduhan Liar Buku Jingga

Setelah mendengar pandangan-pandangan dalam Buku Jingga yang diterbitkan oleh Pakatan Rakyat, wajar juga kita mendengar jawapan balas daripada rakyat Malaysia yang menyokong parti pemerintah hari ini. Blog ini akan menerbit puluhan Siri Menjawab Buku Jingga (SMBJ) untuk menunjukan janji Pakatan dalam buku Jingga ini tidak lebih daripada janji politik kosong.

Seorang rakan mencadangkan agar SMBJ dinamakan sebagai Siri Meliwat Buku Jingga. Namun bagi mengelakkan ramai rakyat biasa yang sudah bosan dengan isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjauh diri dari blog ini maka nama asal SMBJ dikekalkan.


Dakwaan Buku Jingga

Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal. Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

Ulasan:

Sepanjang tempoh lebih 50 tahun Kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara, BN telah membuktikan pelbagai pencapaian cemerlang dalam membela nasib rakyat dan membangunkan negara. Kadar kemiskinan di negara ini telah menurun kepada 3.8 peratus sahaja pada 2009 berbanding 49.3 peratus pada 1970.

Kadar kemiskinan kaum bumiputera juga telah menurun sehingga ke paras 5.1 peratus sahaja ketika ini berbanding 64.8 peratus pada 1970. Pendapatan bagi 40 peratus isi rumah berpendapatan paling minimum telah mencatatkan peningkat drastik sehingga 324% pada 2008 berbanding tahun 1980. Kadar pengangguran pula telah menurun kepada 3.2% pada 2007 berbanding 5.8 peratus pada 1984.

Monday, October 3, 2011

Kehebatan Buku Jingga Mengatasi Hukum Allah?

Salam perkenalan kepada semua pembaca. Blog ini wujud semata-mata untuk membincangkan manifesto Pakatan Rakyat yang berjudul Buku Jingga. Buku setebal 29 muka surat ini mengandungi pelbagai janji yang sudah tentu penting untuk kita bahas dan debatkan sebelum mengangkatnya sebagai maha karya agung Pakatan Rakyat untuk memerintah negara. Blog ini akan menerbitkan beberapa pandangan secara harian dalam minggu ini dan kemudiannya menjadi penerbitan bercorak dua kali seminggu iaitu pada Isnin dan Khamis setiap minggu.

Kehebatan buku Jingga sudah tampak jelas apabila Pas sanggup melupakan perjuangan Hududnya buat sementara waktu demi "kedaulatan" buku Jingga ini.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ""Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga."

Maknanya ikatan Pas kepada buku Jingga lebih penting daripada perjuangan Pas melaksanakan negara Islam dalam acuannya yang diperjuangkan sejak 1951 dahulu.

Ini menunjukkan Pas serius mahu mempertahankan kehebatan buku Jingga ini biarpun sehingga ke tahap menolak hukum Allah seperti mana mereka dakwa terhadap musuh-musuh politik mereka sebelum ini.

Apakah hukum mereka ke atas UMNO kerana tidak melaksanakan hudud kini terpakai kepada mereka yang dari awal lagi sudah menolak hudud untuk buku Jingga ini?

Kita tinggalkan dulu soal titik bengik ideologi Pas yang tidak lagi mendapat sokongan padu dalam parti sendiri. Blog debatbukujingga.com mempelawa komentar dan pandangan saudara/i di hantar melalui ruang komen yang ada di bawah artikel.
Mari kita buka satu medan perbincangan yang sihat agar anak bangsa kita tidak menjadi seperti menang sorak kampung tergadai.

DASAR BUKU JINGGA: KEADILAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN INSAN

Perpaduan dan Keadilan Sosial
  • Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.
  • Menggembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untuk menyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
  • Menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.
  • Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada Segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.
  • Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundingan.
  • Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.
  • Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.
Agama
  • Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.
  • Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.
  • Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
  • Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.
  •  Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadat dan pusara bagi semua penganut agama.

Pendidikan
  • Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
  • Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
  • Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
  • Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
  • Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
  • Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman di Sabah dan Sarawak.
  • Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
  • Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
  • Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
  • Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
  • Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
  • Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
  • Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).
Wanita Dan Institusi Keluarga
  • Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang.
  • Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.
  • Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
  • Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.
  • Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
  • Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.
  • Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.
  • Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
  • Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Golongan Muda
  • Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.
  • Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.
  • Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.
Keselamatan
  • Menjadikan polis bebas dan profesional serta mengembalikannya kepada misi asal untuk mencegah jenayah dan memastikan keselamatan awam.
  • Merombak pengagihan tenaga polis supaya bilangan tenaga polis yang cukup ditugaskan untuk membanteras jenayah.
  • Melengkapkan pihak polis dengan peralatan dan latihan yang terkini dalam usaha membanteras jenayah.
  • Melaksanakan semua saranan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis, termasuk penubuhan IPCMC dan penambahbaikan kebajikan polis yang giat berbakti kepada negara.
  • Memperbaiki keadaan perkhidmatan pasukan polis khususnya peringkat bawahan bagi meningkatkan prestasi dan moral.
  • Memperkukuhkan peranan masyarakat dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah melalui program komuniti.
  • Menangani dengan strategik dan tuntas segala masalah sosial yang menjadi punca kepada jenayah.
Kesihatan
  • Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.
  • Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.
  • Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.
  • Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.
Kebudayaan
  • Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.
  • Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.
  • Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.

Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

Sistem Persekutuan
  • Menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.
  • Memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil.
  • Menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

Sabah dan Sarawak
  • Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.
  • Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.
  • Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.
Dasar Luar Negara
  • Memelihara kepentingan negara dengan menjadi warga dunia yang bertanggungjawab di dalam menghormati hak asasi, memelihara prinsip-prinsip demokrasi dan menjunjung permuafakatan, perjanjian, pengisytiharaan dan persetujuan antarabangsa, yang sejajar dengan nilai-nilai keadilan.
  • Aktif menjadi pelopor dan peneraju dialog antara peradaban.
  • Mengukuhkan kerjasama diplomatik dan perdagangan antarabangsa dengan rakan-rakan serantau terutamanya anggota-anggota Asean.
  • Memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam organisasi-organisasi antarabangsa.

BUKU JINGGA: Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

Ekonomi Kemahiran Tinggi

Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertanian.
  • Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkatkan produktiviti.
  • Menggalakkan warganegara yang profesional dan berkemahiran yang bermaustautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyediakan suasana kerja yang profesional dan menarik.

Ekonomi Demokratik dan Telus
  • Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.
  • Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.
  • Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakyat termasuklah cadangan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehinggalah rakyat serta negara bersedia.

Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri
  • Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.
  • Mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.
  • Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang.
  • Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.
Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan
  • Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.
  • Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.
  • Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.
  • Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.
  • Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.
  • Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan
Tenaga Kerja
  • Memperkenalkan gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.
  • Mempertahankan hak pekerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberi hak dan perlindungan selaras dengan piawaian antarabangsa.
  • Memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua.
  • Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan karenah birokrasi.
  • Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.
  • Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.
  • Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.
Jaringan Perlindungan Sosial
  • Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.
  • Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja.
  • Memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.
Perumahan
  • Menubuhkan Perbadanan Perumahan dengan mandat untuk menambahkan bilangan rumah mampu milik dan mencapai matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.
  • Mengatasi masalah ‘setinggan/peneroka bandar’sebaiknya melalui pembangunan perumahan in situ dan/atau perkongsian tanah dan melalui syarat-syarat pinjaman yang murah bagi membantu setinggan membeli rumah mereka.
  • Menyelaraskan sistem perundingan antara ‘setinggan/peneroka bandar’, pemaju dan pihak berkuasa untuk mencapai penyelesaian menang-menang bagi perkara-perkara berkaitan perumahan dan tanah;
  • Menyediakan bantuan bagi menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah;
  • Melabur dalam kemudahan awam di sekitar pangsapuri bagi memastikan keseimbangan dan persekitaran yang sihat.
  • Menggalakkan ketelusan dan persaingan dalam sektor kewangan untuk membuat pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu dinikmati.
  •  Bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menyemak dasar perumahan dan memastikan perumahan kos rendah mampu milik disediakan untuk mereka yang memerlukannya.
Prasarana dan Kemudahan Awam
  • Menjamin bekalan air bersih dan tarif elektrik dengan harga yang berpatutan kepada setiap keluarga di Malaysia.
  • Merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.
  • Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang terdiri daripada pihak kerajaan dan wakil masyarakat.
  • Memperkenalkan sistem separuh tambang bagi warga emas, orang kurang upaya, pelajar dan pesara untuk semua jenis pengangkutan awam.
  • Menyemak semula pemberian permit teksi kepada syarikat-syarikat besar dengan keutamaan kepada pengusaha individu dan persatuan mereka.
  • Menyediakan perkhidmatan talian jalur lebar tanpa wayar yang cekap secara percuma untuk mengurangkan jurang digital.

Alam Sekitar
  • Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.
  • Memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal.
  • Membina asas dan kemahiran teknologi bagi untuk melicinkan peralihan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif.
  • Mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya.
  • Merendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

BUKU JINGGA: DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT (1)

Demokrasi Telus dan Tulen
Perlembagaan negara dan kedaulatan undang-undang:

  •  Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
  • Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berpelembagaan.
  •  Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
  •  Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
  • Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
  • Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.
Pemisahan kuasa
  • Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
  • Menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan kuasa timbang tara.
  • Menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Petronas, Khazanah dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.
  • Mewajibkan perlantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.
  • Mewujudkan Jabatan Hisbah Negara (Ombudsman).
  • Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.
  • Membebaskan media, meminda Akta Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan memastikan kebebasan internet.
  • Mempertingkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam serta menjamin kebajikan anggotanya. Memastikan institusi tersebut berkecuali dan menjalankan tanggungjawabnya secara cekap.
  • Memberdayakan dan memugar masyarakat madani atau sivil. Menyemarakkan penyertaan rakyat melalui dialog dan perundingan.
Sistem pilihanraya yang bersih, bebas dan adil
  • Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
  • Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.
  • Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang munasabah dan pengendalian serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.
  • Menentukan persempadanan kawasan undi dibuat dengan mencerminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.
  • Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperolehi pada pilihanraya umum.
  • Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.

BUKU JINGGA: PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

BUKU JINGGA: KEMAKMURAN, KEADILAN SOSIAL DAN PERSAUDARAAN RAKYAT (7)

Sabah-Sarawak Sebagai Rakan Kongsi

Menghormati kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia dan perjanjian-perjanjian yang telah dibuat, Pakatan Rakyat komited untuk:
  • Mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dan dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara.
  • Menaikkan royalti dari hasil petroleum dan hidrokarbon dari Sabah dan Sarawak kepada 20% berbanding kadar 5% yang diamalkan masa kini.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
  • Memberi tumpuan khusus membawa pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak agar setara dengan tahap prasarana yang ada di negeri-negeri lain di dalam Persekutuan.
  • Meningkatkan integrasi nasional di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung melalui perkongsian kuasa yang adil dan menepati semangat Persekutuan.

BUKU JINGGA: KEMAKMURAN, KEADILAN SOSIAL DAN PERSAUDARAAN RAKYAT (6)

Memerangi Rasuah
 
Menginsafi kemusnahan yang telah dibawa oleh barah rasuah kepada masyarakat dan negara kita, Pakatan Rakyat komited untuk: Pakatan Rakyat komited untuk:
 
  • Membawa pentadbiran SPRM di bawah pertanggungjawaban Parlimen, termasuk dalam urusan meluluskan perlantikan jawatan-jawatan tertinggi SPRM. Membawa pentadbiran SPRM di bawah pertanggungjawaban Parlimen, termasuk dalam urusan meluluskan perlantikan jawatan-jawatan tertinggi SPRM. 
  • Melancarkan perang membasmi rasuah di peringkat negeri termasuk mengemaskini prosedur dan mekanisme pentadbiran untuk mengurangkan jurang berlakunya rasuah. Melancarkan perang membasmi rasuah di peringkat negeri termasuk mengemaskini prosedur dan mekanisme pentadbiran untuk mengurangkan jurang berlakunya rasuah.
  • Menyediakan peguam-peguam dan pemimpin parti untuk membela individu atau pihak yang membongkarkan skandal rasuah tidak mengira fahaman politik, supaya lebih ramai yang tampil ke hadapan memikul tanggungjawab memerangi rasuah. Menyediakan peguam-peguam dan pemimpin parti untuk membela individu atau pihak yang membongkarkan skandal rasuah tidak mengira fahaman politik, supaya lebih ramai yang tampil ke hadapan memikul tanggungjawab memerangi rasuah.
  • Meneruskan amalan tender terbuka yang telah dilaksanakan, termasuk dengan memperkenalkan inovasi baru dalam pentadbiran perolehan bagi mengetatkan lagi prosedur perolehan agar bebas dari anasir rasuah.Meneruskan amalan tender terbuka yang telah dilaksanakan, termasuk dengan memperkenalkan inovasi baru dalam pentadbiran perolehan bagi mengetatkan lagi prosedur perolehan agar bebas dari anasir rasuah.Meneruskan bantuan terus kepada semua jenis institusi pendidikan marhaen yang membuka ruang pendidikan kepada rakyat, termasuk bantuan terus kepada golongan pendidik di institusi-institusi ini sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan khidmat mereka.
.

BUKU JINGGA: KEMAKMURAN, KEADILAN SOSIAL DAN PERSAUDARAAN RAKYAT (5)

Pemberdayaan Rakyat
Merakamkan peranan rakyat sebagai mekanisme timbang tara (check and balance) yang penting untuk menjamin pentadbiran yang bersih, Pakatan Rakyat komited untuk: check and balance) yang penting untuk menjamin pentadbiran yang bersih, Pakatan Rakyat komited untuk:
  • Meneruskan pemberdayaan rakyat sebagai mekanisme timbang tara dengan mengamalkan ketelusan pentadbiran dan maklumat dengan rakyat. Ini termasuklah dengan menyempurnakan pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Enactment) yang telah pun diperkenalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Meneruskan pemberdayaan rakyat sebagai mekanisme timbang tara dengan mengamalkan ketelusan pentadbiran dan maklumat dengan rakyat. Ini termasuklah dengan menyempurnakan pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Enactment) yang telah pun diperkenalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. 

  • Memperhebatkan sokongan kepada masyarakat sivil/madani melalui bantuan-bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan rakyat, sebagai langkah mengukuhkan peranan NGO menjadi suara pembela rakyat. Memperhebatkan sokongan kepada masyarakat sivil/madani melalui bantuan-bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan rakyat, sebagai langkah mengukuhkan peranan NGO menjadi suara pembela rakyat.
Golongan Pendidik Diutamakan
 
Merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik yang menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat, Pakatan Rakyat komited untuk: Pakatan Rakyat komited untuk:
 
  • Meneruskan bantuan terus kepada semua jenis institusi pendidikan marhaen yang membuka ruang pendidikan kepada rakyat, termasuk bantuan terus kepada golongan pendidik di institusi-institusi ini sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan khidmat mereka. 

  • Memperjuangkan pengharmonian gaji pendidik yang berbeza-beza latar belakang dan kelulusan, dengan prinsip memastikan kriteria penilaian yang lebih adil kepada guru-guru mengambil kira kepakaran dan tempoh berkhidmat. Memperjuangkan pengharmonian gaji pendidik yang berbeza-beza latar belakang dan kelulusan, dengan prinsip memastikan kriteria penilaian yang lebih adil kepada guru-guru mengambil kira kepakaran dan tempoh berkhidmat.

  • Memperjuangkan skim gaji yang setara dengan golongan profesional di dalam sektor-sektor lain seperti jurutera, akauntan dan doktor yang diikat dengan penilaian prestasi yang lebih adil dan menyeluruh untuk menjamin mutu pendidikan negara. Memperjuangkan skim gaji yang setara dengan golongan profesional di dalam sektor-sektor lain seperti jurutera, akauntan dan doktor yang diikat dengan penilaian prestasi yang lebih adil dan menyeluruh untuk menjamin mutu pendidikan negara.

  • Menilai semula guna tenaga semasa di sekolah-sekolah untuk memastikan semua guru-guru terlatih dan berkelayakan, termasuk menyelesaikan persoalan naiktaraf guru-guru sandaran. Menilai semula guna tenaga semasa di sekolah-sekolah untuk memastikan semua guru-guru terlatih dan berkelayakan, termasuk menyelesaikan persoalan naiktaraf guru-guru sandaran.

  • Mengurangkan karenah birokrasi dan pentadbiran dalam dunia pendidikan yang membebankan golongan pendidik, terutamanya pertukaran-pertukaran dasar utama yang silih berganti dan mengongkong golongan pendidik kepada kerja-kerja menulis laporan dan pentadbiran yang mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran. Mengurangkan karenah birokrasi dan pentadbiran dalam dunia pendidikan yang membebankan golongan pendidik, terutamanya pertukaran-pertukaran dasar utama yang silih berganti dan mengongkong golongan pendidik kepada kerja-kerja menulis laporan dan pentadbiran yang mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran.
Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti
 
Mengangkat krisis kredibiliti dan mutu universiti sebagai masalah utama negara, Pakatan Rakyat percaya bahawa penyelesaian tidak boleh dilengahkan dan tumpuan khusus perlu diberikan kepada usaha-usaha memartabatkan universiti. Pakatan Rakyat komited untuk: Pakatan Rakyat percaya bahawa penyelesaian tidak boleh dilengahkan dan tumpuan khusus perlu diberikan kepada usaha-usaha memartabatkan universiti. Pakatan Rakyat komited untuk:
 
  • Mengembalikan kebebasan intelek dan akademik kepada universiti, dengan menghapuskan semua campur tangan politik dalam urusan universiti. Mengembalikan kebebasan intelek dan akademik kepada universiti, dengan menghapuskan semua campur tangan politik dalam urusan universiti.

  • Mewujudkan Panel Pemilih yang terdiri daripada pakar-pakar untuk menyenarai pendek dan menilai calon-calon pimpinan universiti supaya calon yang terbaik diangkat mengepalai universiti, sebagai bukti komitmen Pakatan kita kepada prinsip meritokrasi akademik di universiti. Mewujudkan Panel Pemilih yang terdiri daripada pakar-pakar untuk menyenarai pendek dan menilai calon-calon pimpinan universiti supaya calon yang terbaik diangkat mengepalai universiti, sebagai bukti komitmen Pakatan kita kepada prinsip meritokrasi akademik di universiti.

  • Menyertai perjuangan mahasiswa dengan memberi sepenuh sokongan dan bimbingan untuk menghapuskan AUKU dan menuntut hak bersuara dan berpolitik mahasiswa. Menyertai perjuangan mahasiswa dengan memberi sepenuh sokongan dan bimbingan untuk menghapuskan AUKU dan menuntut hak bersuara dan berpolitik mahasiswa.

  • Menyelesaikan krisis pembiayaan pendidikan tinggi (yang dijangka akan menyebabkan defisit PTPTN melambung ke paras RM46 bilion dalam masa sedekad) dengan mengurangkan beban peminjam dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.

  • Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima. Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima.

  • Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan. Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan.