Monday, October 31, 2011

SMBJ (10): Ulasan-Ulasan Demokrasi Cap Ayam Buku Jingga

Hakikatnya, janji-janji Buku Jingga mengenai institusi-institusi ini hanyalah retorik politik untuk mengesahkan fitnah-fitnah mereka mengenai keruntuhan institusi-institusi utama negara. Sedangkan realtinya mereka sendiri berada dalam sebahagian institusi ini dan mengambil peranan aktif tanpa sebarang halangan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buku Jingga berjanji untuk mengadakan Pemisahan Kuasa dengan:
Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.

Ulasan

Kerajaan telah menggubal Akta Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) pada tahun 2009 bagi menjamin kebebasan dalam perlantikan hakim-hakim. SPK merupakan sebuah badan yang akan menyelaras serta mengenal pasti calon-calon yang berkelayakan untuk dipertimbangkan sebagai hakim sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri bagi dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

SPK akan mengesyorkan kepada Perdana Menteri untuk di bawa ke mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan bermesyuarat bagi menentukan perlantikan Hakim. Nama-nama yang dicadangkan oleh SPK akan dipertimbangkan sebelum diterima oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Suruhanjaya ini mempunyai tanggungjawab bagi mempertahankan Perlembagaan Negara agar setiap kandungan mengenai perlantikan hakim tidak akan dicabul serta bagi melindungi rakyat Malaysia daripada sebarang pencabulan hak mereka.

Sehingga kini kerajaan dan Perdana Menteri belum pernah membantah perlantikan mana-mana hakim yang dikemukakan oleh Suruhanjaya kepada YDP Agong. Malahan peranan PM dalam perlantikan hakim-hakim tidak ubah seperti "posmen" yang hanya menjadi penyampai cadangan perlantikan daripada suruhanjaya kepada YDP Agong.

Buku Jingga juga berjanji untuk menyusun semula perjalanan Parlimen untuk menjadikannya lebih telus, demokratik dan dapat menjalankan kuasa timbang tara.
Ulasan

Insitusi Parlimen adalah sebuah badan berasingan dari kerajaan selaku eksekutif. Parlimen selaku penggubal undang-undang, badan kehakiman selaku pelaksana dan Kabinet, adalah pihak eksekutif selaku pentadbir negara. Perjalanan Parlimen di negara ini hampir sama dengan negara-negara demokrasi dalam komanwel yang lain termasuk United Kingdom.

Malahan jika dilihat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan juga tidak membuat sebarang perubahan yang mereka laung-laungkan untuk menjamin ketelusan dan kuasa timbang tara.

Sungguhpun ada perubahan dirancang dan di buat di Selangor ia hanyalah merupakan perubahan kosmetik yang mencerminkan pergelutan kuasa antara parti-parti pemerintah - PKR dan DAP.

Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) ditukar nama kepada Dewan Negeri Selangor (DNS) tanpa sebarang kepentingan yang signifikan kecuali untuk mencatatkan nama Teng Chang Kim sebagai penukar nama DUN kepada DNS.

Teng juga mahukan Dewan Negeri Selangor dijadikan entiti baru yang beliau mempunyai kuasa lebih besar daripada Speaker sebelum ini dan juga bakal menghakis kuasa DYMM Sultan Selangor.

Dari segi keuntungan kepada rakyat dan demokrasi ia tidak membawa apa-apa perubahan. Sebaliknya, jawatankuasa-jawatankuasa DNS masih lagi sama seperti jawatankuasa Parlimen di mana pihak kerajaan mempunyai wakil majoriti dan menjadi pengerusi jawatankuasa.

Ini hanya untuk menunjukkan DAP juga berkuasa di Negeri Selangor bukannya demi demokrasi yang lebih baik atau "check and balance" yang diuar-uarkan.
Jika benar mahu melaksanakan perubahan ke arah ketelusan dan pendemokrasian yang lebih unggul seperti janji buku Jingga, maka sewajarnya perubahan-perubahan tersebut di buat di peringkat negeri yang mereka telah kuasai dahulu. Beranikah mereka membenarkan pembangkang di Selangor mengetuai jawatankuasa-jawatankuasa di dalam DUN?

Buku Jingga berjanji untuk menjamin pertanggungjawaban badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan sebagainya secara langsung kepada Parlimen.

Ulasan:
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia sememangnya bertanggungjawab kepada parlimen kerana setiap suruhanjaya ini dikehendaki mengemukakan laporan tahunan kepada parlimen.

Malahan SPRM misalnya turut mempunyai jawatankuasa penilai yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pembangkang dan Kerajaan.

Semua kes yang telah selesai siasatan dan tidak akan diambil tindakan di bawa kepada jawatankuasa penilai yang dianggotai oleh wakil kerajaan, pembangkang dan badan bukan kerajaan.

Jawatankuasa ini akan menilai dan mempunyai kuasa untuk mengarahkan SPRM menyiasat semula jika mereka dapati siasatan asal lemah dan tidak terperinci. Sehingga hari ini tiada wakil rakyat pembangkang yang berada dalam panel ini tampil menyatakan perjalanan jawatankuasa penilai ini gagal menjalankan tugas mereka atau SPRM tidak patuh kepada pandangan mereka.

Hakikatnya, janji-janji Buku Jingga mengenai institusi-institusi ini hanyalah retorik politik untuk mengesahkan fitnah-fitnah mereka mengenai keruntuhan institusi-institusi utama negara. Sedangkan realtinya mereka sendiri berada dalam sebahagian institusi ini dan mengambil peranan aktif tanpa sebarang halangan.

No comments:

Post a Comment