Wednesday, January 11, 2012

SMBJ 21: Ramai Munafiq Dalam Pas Sekarang

Janji Buku Jingga

Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.

Ulasan:

Mohon maaflah sebab mamsukkan huruf bersaiz besar dalam janji Buku Jingga yang ini. Apa pakatan berikan kepada Ibu Tunggal di Selangor yang berbeza daripada kerajaan BN dulu? tarak, ilek! 

Semasa pilihan raya lalu, Pakatan berjanji untuk beri RM 600 sebulan kepada ibu tunggal di Selangor. Sekarang tunaikan dululah janji tersebut. Asyik berjanji sahaja tapi tak tunaikan apa jenis manusia? Munafiq. Orang Pas sekarang banyak yang dah jadi munafiq sejak Pakatan memerintah Selangor. 


Yang PKR dan DAP tak payah cakaplah, satu Malaysia dah tahu perangai pembohong mereka.  Janji tidak pernah ditunaikan, cakap tak serupa bikin. 

Barisan Nasional dalam pilihan raya tidak pernah berjanji yang hebat-hebat. Namun bila memerintah bermacam bantuan diberikan. Dalam kes ibu tunggal yang miskin ini BN melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan RM100 sebulan seorang tiap kanak-kanak dan RM450 untuk sekeluarga. JKM juga menyediakan Geran Pelancaran RM2700 bagi menggalakkan ibu tunggal berdikari dengan aktiviti perniagaan, pertanian dan sebagainya. 

Monday, January 9, 2012

Anwar Ibrahim Dibebaskan, Mahkamah Dikawal Kerajaan?

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dari tuduhan  meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anehnya penyokong Anwar mengatakan Mahkamah membebaskannya kerana Datuk Seri Mohd Najib dan Barisan Nasional takut rakyat akan menyokong Anwar dan Pakatan jika Ketua Pembangkang itu dipenjara.

Mereka tetap mahu menyatakan Mahkamah tidak bebas dan keputusannya dikawal oleh kerajaan. Untuk manusia seperti ini memang tiada apa yang dapat memuaskan pemikiran anarki mereka yang gemar kacau-bilau dan huru-hara untuk mendapat kuasa.

Mereka percaya pembebasan Anwar ditentukan oleh Datuk Seri Najib. Jika mereka percaya ini bermakna mereka juga percaya Anwar memang melakukan perbuatan liwat tersebut. Jika tidak bagaimana mereka mahu menuduh Najib membebaskan orang yang tidak bersalah?

Thursday, January 5, 2012

SMBJ 20: Buku Jingga Yang Qopla Jingga

Janji Buku Jingga

Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.

Ulasan

Perlembagaan Persekutuan sudah cukup lengkap dalam memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia kerana ia memperuntukkan perlindungan kepada setiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita. Dalam konteks jenayah, undang-undang jenayah ada peruntukan khusus untuk melindungi kaum wanita seperti jenayah serangan, rogol, pelacuran dan sebagainya. 

Soal sejauh mana hukuman dan keberkesanannya sukar didebatkan memandangkan buku Jingga sendiri tidak datang dengan definisi atau cadangan yang lebih baik. Ini tidak lebih daripada satu lagi retorik politik untuk menarik sokongan pengundi wanita tanpa sebarang cadangan yang konkrit. 

Kerajaan telah pun melancarkan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Negara bertujuan melindungi kanak-kanak daripada pengabaian, keganasan dan ekploitasi. Justeru cadangan buku Jingga untuk mewujudkan sebuah pusat krisis yang berkesan menimbulkan tanda-tanya kerana ia tidak menyatakan sebarang kecacatan terhadap sistem sedia ada dan apa modus operandi jika mereka mahu melaksanakan sesuatu yang lain.

Sekadar mengkritik dan berjanji sesuatu yang lebih baik tanpa menunjukkan perancangan yang jitu menunjukkan Pakatan sendiri tidak mempunyai idea mengenai isu ini dan sekadar mahu memanipulasi emosi pengundi.

Janji Buku Jingga

Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.

Ulasan
Kerajaan Barisan Nasional telah membantu sistem sokongan kepada ibu-bapa bekerja dengan menggalakkan penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak Komuniti. Kerajaan telah menyediakan subsidi yuran pengasuhan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) sebanyak RM 180 sebulan bagi seorang anak kepada pegawai kerajaan. Penubuhan Taska di tempat kerja juga amat digalakkan dengan kerajaan memperuntukkan geran RM 200,000 bagi majikan menyediakan kemudahan itu ditempat kerja.

Kerajaan Barisan Nasional turut menyediakan bantuan kanak-kanak kepada keluarga miskin yang berpendapatan RM 720 dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM450 sebulan bagi setiap seorang kanak-kanak. 

Sebaliknya, janji kerajaan Pakatan di Selangor dalam pilihan raya lalu mahu memberi bantuan  RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri dan bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah untuk setiap anak Selangor sehingga hari ini belum dilaksanakan. 

Mahu berjanji lagi walaupun yang lama belum ditunaikan?  Tidak malukah Pakatan untuk berjanji dalam isu yang sama sedangkan janji yang hampir sama sebelum ini belum mereka tunaikan walaupun telah memerintah Selangor hampir 4 tahun?

Buku Jingga ini elok dianggap janji yang qopla jingga. 
Nak tau apa dia Qopla Jingga tanya Imuda :).