Monday, October 10, 2011

SMBJ (1): Janji dan Tuduhan Liar Buku Jingga

Setelah mendengar pandangan-pandangan dalam Buku Jingga yang diterbitkan oleh Pakatan Rakyat, wajar juga kita mendengar jawapan balas daripada rakyat Malaysia yang menyokong parti pemerintah hari ini. Blog ini akan menerbit puluhan Siri Menjawab Buku Jingga (SMBJ) untuk menunjukan janji Pakatan dalam buku Jingga ini tidak lebih daripada janji politik kosong.

Seorang rakan mencadangkan agar SMBJ dinamakan sebagai Siri Meliwat Buku Jingga. Namun bagi mengelakkan ramai rakyat biasa yang sudah bosan dengan isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjauh diri dari blog ini maka nama asal SMBJ dikekalkan.


Dakwaan Buku Jingga

Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal. Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

Ulasan:

Sepanjang tempoh lebih 50 tahun Kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara, BN telah membuktikan pelbagai pencapaian cemerlang dalam membela nasib rakyat dan membangunkan negara. Kadar kemiskinan di negara ini telah menurun kepada 3.8 peratus sahaja pada 2009 berbanding 49.3 peratus pada 1970.

Kadar kemiskinan kaum bumiputera juga telah menurun sehingga ke paras 5.1 peratus sahaja ketika ini berbanding 64.8 peratus pada 1970. Pendapatan bagi 40 peratus isi rumah berpendapatan paling minimum telah mencatatkan peningkat drastik sehingga 324% pada 2008 berbanding tahun 1980. Kadar pengangguran pula telah menurun kepada 3.2% pada 2007 berbanding 5.8 peratus pada 1984.

No comments:

Post a Comment