Monday, April 9, 2012

PR Mahu Hapuskan Tol - Rasional atau Pembohong?

 Selain mahu menghapuskan PTPTN (yang akan kita bincangkan dalam tulisan lain), Pakatan juga  berjanji kononnya untuk mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Janji seperti ini sememangnya mampu menambat hati sesiapa sahaja kerana  setiap rakyat pasti mengidamkan kemudahan lebuhraya yang percuma tanpa dikenakan sebarang tol tetapi pada masa sama lebuhraya berkenaan mestilah serba lengkap dan perkhidmatannya berkelas pertama. Adalah amat mustahil untuk memenuhi kedua-dua kehendak ini secara serentak. Namun kerajaan Barisan Nasional berjaya melaksanakan sistem tol pada kadar paling minima dan mengekang kenaikannya dari semasa ke semasa dengan memikirkan beban rakyat.

Dianggarkan kos untuk mengambil alih kesemua 19 syarikat konsesi lebuh raya yang ada di Malaysia ketika ini akan menelan belanja antara RM50 billion hingga RM100 billion. Apa akan tejadi kepada syarikat-syarikat ini jika mereka menggunakan RM 100 bilion untuk mengambil alih kosensi ini dan tidak dibenarkan mengutip tol? Jawapannya mudah sekali - BANGKRAP!

Jika kerajaan membeli kosensi ini bermakna RM 100 bilion akan lebur begitu sahaja. Ini bermakna separuh bajet negara akan dihabiskan untuk dibayar kepada syarikat swasta dan kerajaan tidak mampu memberi bonus, membuat infrastruktur baru dan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang baik. 

Jumlah ini bukanlah satu angka yang sedikit untuk dibelanjakan oleh kerajaan bagi  memberikan tol percuma semata-mata.  Dengan pendapatan kerajaan hanya RM158.6 bilion (pada tahun 2009), melaksanakan janji ini akan menelan kos hampir dua pertiga dari jumlah keseluruhan pendapatan Kerajaan Persekutuan.

Ini bermakna, jika ia dilaksanakan, defisit negara akan meningkat lebih 6.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ia amat bertentangan dengan fokus Kerajaan Barisan Nasional untuk menurunkan kadar defisit negara kepada kadar 5.4 peratus daripada KDNK sedangkan perancangan Pakatan Rakyat adalah untuk menambahkan kadar defisit.

Kos pengambilalihan konsesi lebuhraya di antara RM50 billion hingga RM100 billion itu juga belum termasuk kos operasi dan penyelenggaraan lebuhraya terbabit. Berdasarkan kos tahunan yang ditanggung oleh syarikat PLUS ketika ini, kos penyelenggaraan rutin- RM235 juta, kos pentadbiran-RM349 juta, melangsaikan hutang-RM410 juta.  Secara kasarnya, kos operasi dan pengurusan lebuhraya akan menelan sekurang-kurangya RM2 billion setahun.

Dalam memperkatakan isu pengambilalihan lebuhraya ini, perlu diingatkan juga bahawa pada tahun lalu kerajaan Barisan Nasional pernah bercadang mengambil alih lebuhraya PLUS melalui Khazanah Berhad dan KWSP pada harga RM23 billion namun menyemak semula pelan berkenaan bagi mengelakkan kenaikan kadar tol di masa depan.

Justeru, amat jelas membuktikan bahawa janji Pakatan Rakyat dalam hal berkaitan tol ini adalah suatu yang tidak tulen dan bukannya suatu inisiatif baru untuk memenangi hati rakyat. Ia jelas sekadar untuk memanipulasikan fakta sedia ada sahaja. Kerajaan Barisan Nasional juga tidak mahu sewenang-wenangnya menggunakan wang KWSP untuk sebarang tujuan yang konkrit kerana ia adalah wang rakyat khusus untuk simpanan mereka dihari tua.

Walaupun tidak menghapuskan tol secara menyeluruh, Kerajaan Barisan Nasional dari semasa ke semasa sentiasa mengambil kira beban rakyat akibat kadar tol lebuhraya. Justeru, beberapa langkah diambil untuk mengurangkan beban rakyat dan pada masa sama tidak menambah defisit negara. Kerajaan Barisan Nasional telah menurunkan kadar tol di Kampung Medan-Petaling Jaya Selatan daripada RM1.60 kepada RM1.

Kerajaan juga sudah memberi perakuan bahawa tidak akan ada kenaikan tol dalam tempoh lima tahun lagi bagi empat lebuhraya PLUS manakala konsesi tol bagi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak Selatan dan Persilangan Taman Connaught Kuala Lumpur, akan ditamatkan berkuatkuasa Mei 2011.

Berbeza dengan janji pihak pakatan pembangkang, pada Pilihanraya Umum 2008, DAP dalam manifesto pilihanraya mereka telah berjanji untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior dan Jambatan Pulau Pinang. Namun setelah dapat menubuhkan kerajaan, janji itu tidak dilaksanakan sehingga kini. Sememangnya jelas terbukti bahawa janji mereka itu sekadar janji populis tetapi amat mustahil untuk dilaksanakan. Akibatnya, rakyat yang ditipu.

Cukai pintu pun tak boleh turun, inikan nak hapuskan semua tol. Ha!Ha! Ha!