Wednesday, October 19, 2011

SMBJ (7): Utopia Keadilan Media Massa Buku Jingga

[SMJB - Siri Menjawab Buku Jingga a.k.a Siri Meliwat Buku Jingga]

Janji Buku Jingga
Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil, tempoh kempen yang munasabah serta perjalanan pilihanraya yang bersih dan bebas.
Ulasan

1. Tiada keadilan liputan media dalam mana-mana sistem demokrasi. Pengamal media massa mempunyai kepentingan, kecenderungan dan pandangan tersendiri. Justeru liputan bergantung kepada kepentingan mereka. Lihat sahaja cara Malaysiakini membuat liputan yang kadang-kadang bukan sahaja memihak malah berbohong untuk memihak kepada parti yang mereka sokong.
Di Amerika Syarikat, media massa juga mengambil langkah menyokong calon dan parti tertentu menjelang pilihan raya. Sokongan ini kemudiannya menentukan bagaimana mereka membuat liputan ke atas sesuatu calon atau parti.
Di United Kingdom juga akhbar atau media massa memihak kepada parti yang mereka anggap boleh membantu kemajuan negara atau mungkin kerana perasaan peribadi para pengamalnya,. Contohnya dalam pilihan raya 1992, The Sun UK secara terbuka berkempen menyokong parti konservatif. Apabila konservatif menang, akhbar tersebut tidak segan silu mengaku bahawa ia merupakan kemenangan The Sun.
Namun persoalan yang lebih penting adakah kita percaya Pakatan akan memberi lebih ruang kebebasan kepada media arus perdana membuat liputan yang tidak memihak kepada mereka jika ia memerintah?


Lim Guan Eng enggan membenarkan Utusan Malaysia membuat liputan sidang akhbarnya kerana akhbar tersebut tidak memihak kepada beliau.

Jika benar Pakatan mengamalkan kebebasan media yang wewenang, mengapa harus dihalang wartawan Utusan dari menghadiri sidang akhbar beliau dan juga sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang? Dakwaan Utusan tidak berlaku adil kepada beliau atau salah lapor mengenai kenyataan beliau hanyalah alasan biasa ahli politik.

Jika tidak mempunyai kuasa sudah mencari pelbagai cara menghalang media membuat liputan, apakah kita akan percaya orang yang sama akan mengamalkan kebebasan media, jika beliau mempunyai kuasa menghalang dan menekan media agar mengikut telunjuk beliau?

Lihat sahaja beberapa sidang akhbar Anwar Ibrahim apabila isu yang dibangkitkan wartawan tidak memihak kepada beliau:

Justeru jika ada yang percaya Pakatan akan memberi ruang kebebasan media yang lebih jika mereka berkuasa hanyalah omongan kosong sahaja. Janji politik yang mereka sendiri tidak dapat laksanakan sekarang ini. Jika belum berkuasa penuh sudah bermacam ancaman dan tindakan bertentangan dengan kebebasan media, apatah lagi jika berkuasa.

Lagipun semua orang sudah tahu rekod Anwar menguasai media massa melalui Johan Jaaffar dan Nazri Abdullah. Ketika itu editor media massa utama yang tidak meyokong beliau (bukan parti pun) pasti akan berhadapan pelbagai masalah dan diadakan bermacam masalah untuk mengeluarkan editor-editor ini. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Zainuddin Maidin (Utusan) dan Kadir Jasin (NSTP). Kedua-dua mereka kerana dianggap orang Mahathir maka terpaksa berhadapan dengan segerombolan konsco-konco Anwar. ZAM disingkirkan dari Utusan, manakala jawatan Kadir dikecilkan.

2. Tempoh berkempen bagi sesuatu pilihan raya tertakluk kepada peraturan yang mengambil kira keadaan semasa dan setempat. Ia akan diputuskan oleh pihak SPR. SPR sentiasa mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat sesuatu keputusan berhubung tempoh kempen kerana SPR juga perlu memastikan bahawa tugas mereka dapat dilaksana dengan cekap dan lancar.

Lagi pun Pakatan telah berkempen selama lebih tiga tahun sejak habis pilihan raya lalu. Setiap minggu, dan setiap bulan ada sahaja ceramah perdana. Apakah ini tidak cukup lagi?

Apa lagi yang mahu diterangkan kepada rakyat sehingga memerlukan masa kempen pilihan raya yang begitu panjang dan menyebabkan banyak kerja kerajaan tidak dapat diselesaikan kerana Parlimen dibubarkan dan kerajaan merupakan caretaker government?

Pembangkang yang tidak mempunyai banyak kerja hanya memikirkan keseronokan berceramah dan berpenglipur lara menghiburkan hati rakyat. Sedangkan untuk membangunkan negara ini banyak masa perlu diperuntukkan untuk pentadbiran dan mencari pelaburan, jika tempoh kempen mengambil masa berbulan-bulan, apa akan terjadi kepada pentadbiran negara dan masa depan rakyat?

3. Pilihan raya tidak telus tapi Pakatan rampas dua negeri kaya Selangor dan Pulau Pinang? Jika pilihan raya tidak telus lebih baik BN bagi Pakatan menang negeri yang kecil dan tidak mempunyai sumber yang banyak. Malangnya kerana pilihan raya ini dijalankan secara telus dan terbuka, maka BN terpaksa menerima kekalahan lima negeri kepada Pakatan juga hilang majoriti 2/3.

1 comment:

  1. yang sokong depa je katanya wartawan adil .. aku ni pon wartawan jugak ... kalau aku jadi wartawan 8TV tu memang kena la anwar weh aku bantai !

    ReplyDelete