Thursday, March 14, 2013

Lynas: PRU Pun Belum, 1 ‘Tawaran’ Manifesto Dah Dimungkiri

Asalnya penulis ingat portal pembangkang tersebut mungkin tersilap taip atau Anwar yang disebutkan dalam artikel itu bukan merujuk kepada Anwar Ibrahim. Tapi setelah ketua Himpunan Hijau yang anti Lynas ini, Wong Tack pun turut bersetuju dengan Anwar, maka, confirmlah.

Tidak usahlah lagi kita cakap sama ada puak ini akan laksanakan ‘tawaran’ Manifestonya atau tidak kalau menang nanti, pilihanraya pun belum, satu dari banyak ‘tawaran’ dalam Manifesto itu dah dimungkirinya. Kalau dah memerintah gamaknya, Manifesto itu akan buat lap punggung Lim Guan Eng dan Rainbownya sahaja.

Persoalan kita, macam mana ini boleh berlaku? Asalnya penulis ingat portal pembangkang tersebut mungkin tersilap taip atau Anwar yang disebutkan dalam artikel itu bukan merujuk kepada Anwar Ibrahim. Tapi setelah ketua Himpunan Hijau yang anti Lynas ini, Wong Tack pun turut bersetuju dengan Anwar, maka, confirmlah.

Tidak usahlah lagi kita cakap sama ada puak ini akan laksanakan ‘tawaran’ Manifestonya atau tidak kalau menang nanti, pilihanraya pun belum, satu dari banyak ‘tawaran’ dalam Manifesto itu dah dimungkirinya. Kalau dah memerintah gamaknya, Manifesto itu akan buat lap punggung Lim Guan Eng dan Rainbownya sahaja.

Persoalan kita, macam mana ini boleh berlaku?

artikel lanjut baca sini:

Saturday, March 9, 2013

Nik Aziz Penerima Bantuan Kebajikan Warga Emas

Inilah senario selepas pilihan raya umum 2013 jika Pakatan memerintah.




PADA FIKIRAN ANDA, ADAKAH MANIFESTO PAKATAN TELAH DIBUAT DENGAN TELITI? INIKAH KUMPULAN YANG AKAN KITA PILIH SEBAGAI PEMERINTAH UNTUK LIMA TAHUN AKAN DATANG?

Monday, March 4, 2013

Penyokong Pakatan Sendiri Malu Dengan Manifesto Mereka

Jika benar-benar percaya kepada Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat mengapa penyokong Pakatan begitu marah kepada dua video ini? Kedua-dua video ini hanyalah memperkatakan apa yang dijanjikan dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan. Mereka menyeru askar-askar maya (cybertroopers) mereka untuk menyerang pelakon dan video-video ini. Ini hanya membuktikan mereka sendiri berasa malu dengan janji-janji tidak masuk akal parti mereka.





Wednesday, February 27, 2013

MANIFESTO BELAKANGKAN RAKYAT

Dua hari selepas "Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan pelbagai momokan dan ejekan sudah tersebar luas di internet. Antara paling popular ialah mantera Khalid Ibrahim "Manifesto bukan Janji".

Hari ini bekas orang nombor satu Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo menggelar manifesto tersebut sebagai "Manifesto Belakangkan Rakyat". [baca: Manifesto Perumahan Pakatan Belakangkan Rakyat]

Beliau  mengkritik dasar perumahan Pakatan dalam manifesto tersebut yang tidak mengambil kira keperluan dan kemampuan golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, penulis Khoo Kay Peng yang pro Pakatan dan selalu menulis di Malaysiakini.com turut membelasah manifesto Pakatan sebagai tidak realistik. [baca: Pakatan Rakyat's Manifesto: Populist or Reformist?]

Rafizi Ramli tulis manifesto atau tulis cerpen?

Tuesday, February 26, 2013

WANITA DALAM MANIFESTO PAKATAN UNTUK DIPERALAT DAN DITIPU?

Pakatan menyedari 50% daripada 13 juta pengundi di negara ini merupakan wanita. Malahan di sesetengah kawasan Parlimen, wanita merupakan majoriti pengundi. Statistik pada sekitar Sepetember 2012 merekodkan daripada 13,052,374 pengundi, 6,551,598 atau 50.19 peratus adalah wanita.

Daripadanya, 489,230 adalah pengundi wanita Melayu. Di Sarawak sahaja, jumlah pengundi wanitanya melebihi jumlah pengundi lelaki. Demikian juga di Selangor, 50.3 peratus pengundinya wanita, Kelantan (50.3 peratus) dan Johor (50.01 peratus).

Justeru tidak hairanlah Pakatan mahu memanipulasi emosi wanita dengan meletakkan kebajikan wanita antara perkara pertama dilaungkan dalam manifesto mereka. Dua skop terbesar ialah menjanjikan:



  1. 30% penglibatan wanita di peringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran awam menjelang 2017.
  2. Menjanjikan caruman RM 50 setiap bulan untuk isteri dan caruman wajib daripada suami kepada isteri antara RM 10 - RM 100.00.

Menurut sumber dalaman Pakatan, janji ini dibuat mengambil kira wanita mudah dipengaruhi melalui janji-janji manis yang belum tentu dilaksanakan. Menurut sumber ini, mengambil kira ramai wanita yang tertipu sehingga puluhan ribu dengan pelbagai scam di facebook dan ruang siber, maka peluang strategi ini untuk berhasil sangat tinggi.

Namun berbeza dengan skim penipuan intetrnet yang jarang  diketahui wanita di Malaysia, skim penipuan Pakatan telah pun diketahui umum.

Pakatan Ketinggalan Bas Dalam Isu 30 Peratus Tenaga Pengurusan Wanita

Pertamanya, penglibatan 30% wanita Malaysia di pringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran awam di negara ini merupakan iltizam kerajaan Barisan Nasional sejak 2004 lagi.

Malahan apa yang dijanjikan oleh Pakatan telah pun dicapai oleh BN pada 2010 lagi apabila peratusan wanita yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) telah meningkat kepada 32.3 peratus pada 2010, berbanding hanya 18.8 peratus pada 2004. (Rujukan).

Jika dalam manifesto pilihan raya pun penggubal polisi mereka tidak peka dengan statistik, apa harapan bahawa mereka akan menunaikan janji yang lain atau janji mereka kali ini boleh dilaksanakan?

Sebaliknya, Barisan Nasional telah mengorak langkah dengan memberi fokus meningkatkan pembabitan wanita dalam sektor korporat terutamanya membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pada tahun 2011, Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Razak, mengumumkan kerajaan mensasarkan lima tahun untuk GLC dan syarikat senaraian Bursa Malaysia meningkatkan jumlah kepimpinan wanita sehingga mencapai sekurang-kurang-kurangnya 30%.

Ini bermakna sasaran kerajaan BN akan tercapai lebih awal berbanding sasaran Pakatan. Jadi apa perlu beri undi kepada Pakatan yang selalu melaungkan kenyataan bahawa "Manifesto bukan janji"?

Caruman Untuk Isteri

Keduanya, jika menang kerajaan Pakatan akan menyumbang caruman bulanan sebanyak RM 50 kepada setiap isteri. Jika ada 5 juta wanita berstatus isteri hari ini bermakna kerajaan perlu menyediakan RM 250 juta sebulan atau RM 3 bilion untuk caruman ini.

Kita tidak akan membincangkan kemampuan kerajaan untuk melaksanakan dana sebesar ini untuk caruman isteri sahaja. Kita akan bahas di akhir siri tulisan mengenai manifesto Pakatan nanti.

Cuma janji RM 50 ini sangat sinonim dengan  janji Pakatan di Selangor sebelum ini untuk memberi RM 75 sebulan untuk setiap anak negeri selangor yang di hantar ke nuseri dan RM 50 sebulan untuk setiap anak Selangor yang ke sekolah tadika. Sehingga kini hanya borang yang diedarkan dan pelbagai kaedah menyusahkan dibuat agar mereka tidak perlu melaksanakan bayaran ini.

Apakah wanita Malaysia yang telah mendapat cukup pendidikan akan terpedaya dengan helah Pakatan ini?

Adakah kita akan membenarkan diri kita terjatuh dalam lubang yang sama dua kali?

Pakatan juga dalam pilihan raya lalu menjanjikan elaun khas suri rumah yang tidak bekerja. Di mana elaun khas tersebut? Masuk angin keluar asap!



MANIFESTO PAKATAN - CABARAN KEPADA BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional selaku kerajaan yang memerintah dilemparkan cabaran hebat oleh "gabungan longgar" DAP, Pas dan PKR di bawah nama Pakatan Rakyat.  Antara cabaran utaman BN ialah penghapusan Sistem Penguatkuasaan Automatik Jalan Raya (AES) yang mendapat tentangan orang ramai termasuk penyokong BN sendiri

Penulis tidak menyarankan kerajaan menghapuskan AES seperti mana janji Pakatan. Namun adalah perlu pembuat manifesto Barisan Nasional mengambil kira cadangan dan keluhan para penyokong BN terhadap AES [1. MENGAPA PENYOKONG KERAJAAN MEMBANTAH PELAKSANAAN AES PADA MASA KINI. 2. AES Perlukan Perubahan dan Pembaharuan].

Barisan Nasional juga perlu memberi perhatian terhadap isu harga petrol dan elektrik dan pendidikan percuma. Isu ini perlu dijawab secara serius oleh Barisan Nasional bagi meyakinkan pengundi "atas pagar" yang akan membuat keputusan di saat-saat akhir.

Selain itu, kebanyakan isu merupakan isu-isu yang telah dimaktubkan dalam "Kitab Jingga" pakatan ini. 

"Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat" yang digubal berdasarkan empat tonggak utama iaitu:


  1. Rakyat Bersaudara
    • Berbilang kaum saling menghormati
    • Hapus diskriminasi, miskin dibantu, lemah dibela
    • Wanita, warga tua dan orang Asal dimartabatkan
    • Penghormatan ikhlas kepada Sabah dan Sarawak
    • Menghayati Islam, menjamin kebebasan agama lain
    • Sistem pendidikan baru merangkumni semua aliran

  2. Ekonomi Rakyat
    • 1 Juta pekerjaan baru
    • Gaji minima yang patut
    • Teksi milik pemandu
    • Menjamin ekonomi perajurit
    • Hapus monopoli, meningkat ekonomi pasaran
    • Meningkat inovasi, R&D dan Teknologi

  3. Kesejahteraan Rakyat 
    • Harga minyak, elektrik dan kereta turun
    • 150,000 rumah mampu milik
    • Hapus jenayah, kuatkan Polis
    • Hapus AES, Batal saman AES
    • Pendidikan percuma, hapus PTPTN
    • Meningkatkan ekonomi Peneroka dan Desa

  4. Kerajaan Rakyat
    • Mansuhkan Akta-akta kezaliman
    • Bebaskan media, kehakiman dan Polis
    • Pilihan raya bersih, adil dan telus
    • Reformasi institusi Islam dan keagamaan
    • Pakej gaji adil penjawat awam
    • Kerajaan tanpa rasuah.
Blog ini akan membahas beberapa isu utama dalam manifesto pakatan ini setiap hari bagi melihat secara mikro Manifesto Pakatan kali ini.

Namun beban terbesar buat Pakatan ialah meyakinkan pengundi bahawa Manifesto ini akan ditunaikan. Tugas paling berat Pakatan sebelum meyakinkan pengundi bahawa manifesto mereka realistik untuk dilaksanakan, ialah meyakinkan rakyat bahawa kata-kata hikmat manifesto kali ini bukan sekadar "manifesto bukan janji". 

Monday, February 25, 2013

Manifesto Bukan Janji - Ada Faham?

Sempena pelancaran Manifesto Pakata Rakyat hari ini, blog ini juga akan kembali beroperasi mulai esok memperkatakan janji-janji pilihan raya Pakatan Rakyat dan juga sempena pilihan raya umum akan datang.

Opsss minta maaf. Lupa pula manifesto bukan janji kata Khalid Ibrahim@Pakatan Rakyat.

Jadi apa kejadah Manifesto Pakatan Rakyat ini? Komik? Buku Lucah? Hikayat Anwar Ibrahim? 

Layan dulu lawak ini