Thursday, October 27, 2011

SMBJ (9): Janji-Janji Demokrasi Munafiqun

Janji Buku Jingga
Memperuntukkan belanja kempen kepada parti-parti politik berdasarkan peratusan jumlah undi yang diperoleh pada pilihan raya umum.


 Ulasan
 

1. Kerajaan tidak pernah mewujudkan sebarang tabung kepada mana-mana parti politik pun bagi tujuan berkempen dalam pilihanraya.

2. Kalau benar Pakatan mahu melaksanakannya, apa kata buat dulu di negeri Selangor? Sekarang ini pun di Selangor peruntukan hanya di beri kepada ADUN Pakatan sahaja. Dulu janji jika memerintah semua ADUN tak kira parti dapat. Sekarang apa "cer"? Penipu tetap penipu!



Janji Buku Jingga

Menggubal undang-undang yang lebih berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.


Ulasan:
Ketika ini kerajaan sudah pun mempunyai undang-undang yang lengkap untuk menghukum dan membanteras kesalahan berkaitan pilihan raya iaitu yang jelas tertakluk di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga akan bertanggungjawab berkaitan isu rasuah tidak mengira ketika pilihanraya atau sebagainya.

Masalahnya, bolehkah Pakatan terima jika tindakan diambil ke atas mereka? Janganlah berjanji nak buat macam-macam undang-undang kalau diri sendiri terang-terangan buat bertentangan dengan apa yang dijanjikan.

Dalam pilihan raya kecil di DUN Galas, Mursyidul AM Pas terang-terangan memberi wang kepada pengundi di sana atas alasan wang zakat.

Apa agaknya akan berlaku jika tindakan di ambil ke atas Parti Pas dan kemenangan dibatalkan? Memali 2?


Nyata sekali janji-janji demokrasi dalam Buku Jingga hanyalah untuk orang lain tetapi bukan untuk mereka. Jika belum memerintah berani merasuah secara terang-terangan seperti ini apakah akan mereka lakukan jika mereka menang?

Anda nilai sendiri mereka ini ikhlas atau munafiq?

4 comments:

  1. kambing anwar tak dak berani jawab balik ka? lol

    ReplyDelete
  2. anwar nak buat demokrasi lebih terbuka? DAP parti yang "nampak" macam komunis pro demokrasi? lol. Pas? habis ayat quran dia pakai nak halang demokrasi dalam parti... walaq la pelaq la apa la aku pun tak tau. Mana boleh kritik tok gundu depa.

    ReplyDelete
  3. Anwar dan Kebebasan Media
    Jika kita mahu menilai keterbukaan Anwar terhadap media massa maka eloklah kita membaca semula tulisan Kolumnis Malaysia-Today, Kirdatun menulis pada 3 Disember 2004:

    "Tulisan terakhir untuk ruangan "Batu Giling" ini menemui pembaca seperti yang dijanjikan, seminggu sesudah menerima e-mel daripada editor Malaysia Today yang memaklumkan bahawa ada "orang-orang kuat" Anwar Ibrahim menuntut agar kolum ini "dilembutkan" atau ditutup terus.

    Selang beberapa hari, "orang besar" PKR yang khabarnya semakin kerap mendampingi Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Raja Petra supaya mengarahkan "Batu Giling" melembutkan tulisan terhadap Anwar Ibrahim ataupun tutup sahaja ruangan ini.


    Jika mahu pergi lebih jauh maka kita akan melihat bagaimana kebebasan media kepada Anwar Ibrahim ialah jika akhbar atau media bebas melaporkan atau menghentam apa sahaja atau sesiapa sahaja asalkan bukan dirinya.

    Tanyalah orang seperti Datuk Zainuddin Maidin (ZAM) dan Datuk A Kadir Jasin apa erti kebebasan media jika Anwar berkuasa. Anwar secara jahat menggunakan wartawan dalam Utusan untuk menjatuhkan Zainuddin Maidin semasa beliau berada di luar negara.

    http://anwarisme.blogspot.com/2009/05/anwar-dan-kebebasan-media.html

    ReplyDelete
  4. buku jingga hanya untuk pancing undi PRU,,,percayala

    ReplyDelete