Monday, October 17, 2011

SMBJ (6): Momokkan Demokrasi Buku Jingga

Janji Buku Jingga

Sistem pilihan raya yang bersih, bebas dan adil: Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
Ulasan
1. Mengapa mahu dipaksa orang ramai mendaftar sebagai pengundi? Adalah hak rakyat sama ada mahu mendaftar atau tidak sebagai pengundi. Tindakan mewajibkan seseorang individu mendaftar dan mengundi juga adalah suatu yang bertentangan dengan prinsip demokrasi.

2. Pendaftaran automatik tidak dijalankan kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat tetap yang tercatat dalam kad pengenalan. Justeru, perkara ini memberi kesulitan kepada pemilih itu sendiri ketika tiba waktu pilihan raya kelak.
3. Penetapan untuk remaja berusia 18 tahun sebagai pemilih adalah suatu yang tidak rasional kerana golongan ini  masih berada di bangku sekolah. Mereka tidak layak mengundi kerana rakyat Malaysia di bawah umur 21 adalah ditakrifkan sebagai remaja yang masih di awal usia dan perlu memberi tumpuan kepada menuntut ilmu di sekolah.

Janji Buku Jingga

Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengundi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.

Ulasan

1. Perlaksanaan undi pos memberi peluang kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pegawai yang bertugas di luar negara untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Dalam pada itu, hak mengundi warganegara Malaysia yang berada  di luar negara hanyalah kepada  anggota kerajaan yang sedang berkhidmat serta pasangan mereka atau pelajar yang menuntut sepenuh masa serta pasangan yang berhak mengundi berlandaskan Perkara 119 (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Pilihan Raya.
Ketika ini juga proses penambahbaikkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sentiasa di laksanakan dari semasa ke semasa. Antaranya adalah dengan menghapuskan nombor siri pada kertas undi serta menggunakan peti lut sinar supaya ia lebih telus tanpa sebarang syak wasangka terhadap proses penjumlahan kertas undi dan sebagainya.
2. Idea dakwat kekal bukanlah idea untuk keadilan mahu pun ketelusan. Hanya beberapa negara membangun menggunakan sistem dakwat kekal ini seperti di beberapa negara Afrika, Indonesia dan India. Indonesia dan India terpaksa menggunakan dakwat kekal sebagai pilihan kerana rakyat yang terlalu ramai dan sistem identiti diri yang kurang baik.

Sebaliknya sistem identiti diri di Malaysia setanding negara maju seperti Singapura, United Kingdom dan United States of America. Kebanyakan negara di dunia ini tidak menggunakan dakwat kekal sebagai tanda dalam pilihan raya.
Isu dakwat kekal ini dibangkitkan hanya untuk momokkan kononnya pilihan raya kita tidak telus.

Apa akan terjadi jika ada pula pihak tertentu menggunakan dakwat kekal untuk mensabotaj pengundi dengan mencalit ke jari sebelum mengundi? Apa akan terjadi jika ada pihak yang mensasarkan golongan tertentu dengan agar tidak mengundi dengan membayar lebih awal agar jari mereka dicalit dakwat kekal sebelum hari pengundian?
Malahan pengundian di kalangan anggota tentera juga disaksikan oleh wakil-wakil parti politik bertanding, sekaligus menolak dakwaan undi tentera dimanipulasi oleh BN.

Logiknya apakah negara-negara seperti England, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Belanda, Jerman, Korea Selatan dan ratusan negara lain yang tidak menggunakan dakwat kekal sebagai elemen pilihan raya dianggap sebagai tidak telus?

3 comments:

  1. 1. Mengapa mahu dipaksa orang ramai mendaftar sebagai pengundi? Adalah hak rakyat sama ada mahu mendaftar atau tidak sebagai pengundi.

    - pendaftaran untuk mengundi, bukan memaksa untuk mengundi. kalau nak mengundi senangla xyah daftar2. mcm pengguna bank, kalau dah ada akaun kat CIMB nanti nak apply loan kat CIMB xyah nak isi form segala bagai info dah ada.

    2. Pendaftaran automatik tidak dijalankan kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat tetap yang tercatat dalam kad pengenalan. Justeru, perkara ini memberi kesulitan kepada pemilih itu sendiri ketika tiba waktu pilihan raya kelak.

    - hak pengundi untuk mengundi. kalau rase susah xyahla balik kg semata2 untuk mengundi. bkn wajib mengundi. ape yg sulit?

    3. Penetapan untuk remaja berusia 18 tahun sebagai pemilih adalah suatu yang tidak rasional kerana golongan ini masih berada di bangku sekolah. Mereka tidak layak mengundi kerana rakyat Malaysia di bawah umur 21 adalah ditakrifkan sebagai remaja yang masih di awal usia dan perlu memberi tumpuan kepada menuntut ilmu di sekolah.

    - hahaha....umur 18 dah tak di bangku sekolah. bangku sekolah sudah ditinggalkan pada umur 17 tahun selepas peperiksaan kertas terakhir SPM. Banyak negara2 termasuk Asia sudah beralih kepada 18 tahun untuk kelayakan mengundi...

    ReplyDelete
  2. 1. Mengapa nak paksa orang daftar mengundi? Kalau automatik daftar nanti kata kerajaan tipu pulak. Kalau ikut pembangangang memang macam mana pun tak boleh betul.

    2. Ramai lagi umur 18 kat Tingkatan Enam dan Matrikulasi. Mengapa Pakatan hendak sangat umur 18 ni? Sebab mudah nak bohong, tipu dan kelentong. Berapa kerat budak umur 18 boleh faham masalah ekonomi, pentadbiran dan undang-undang negara? Jadi kalau kelompok kurang matang ni dibenarkan mengundi senang la sikit al juburi dengan konco2nya nak kencing.

    ReplyDelete
  3. kalau dah daftar mengundi kalau budak2 yang umur 18 yang automatik mengundi ni tak nak mengundi ..., nanti peratus kuar mengundi jadi sikit ... pastu akan berlaku nya banyak pertikaian ! haiyoo... ini pon tak boleh pk !

    ReplyDelete