Tuesday, October 11, 2011

SMBJ (2): Retorik Pakatan Mengenai Agama dan Raja-raja

Janji Buku Jingga:

Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Kami untuk:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Ulasan:

Hello Pakatan! Sememangnya Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan manakala Raja-raja Melayu adalah merupakan ketua agama Islam.

Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.Sememangnya Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan di mana Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Negara.

Yang anehnya bagaimana Pakatan mahu mempertahankan agama Islam sedangkan institusi agama Islam di Selangor hari ini dilanyak secukup-cukupnya oleh wakil rakyat Pakatan hanya kerana menjalankan tugas mereka. Tanyalah para pegawa Jabatan Agama Islam Selangor yang sebelum ini rata-ratanya adalah penyokong Pas. Adakah sekarang ini mereka merasakan Islam ditegak dan dipertahankan?

Salah seorang wakil rakyat Pakatan juga sedang berhadapan dengan kes jenayah di Mahkamah kerana menghina Duli Yang Maha Mulis Tuanku Sultan Selangor. Namun sehingga kini wakil rakyat ini tidak digantung mahu pun mendapat sebarang amaran kerana tulisan beliau itu.

Seorang wakil rakyat Pakatan suatu ketika dahulu ketika menjadi pembangkang enggan memakai songkok untuk upacara angkat sumpah ADUN Selangor di hadapan DYMM Tuanku. Sekarang ini menjadi Speaker negeri. Adakah ini orang yang hendak diberi kepercayaan mengotakan janji mereka mengenai Islam dan raja-raja?

2 comments:

  1. ahhaa teng dengan suhaimi pasir lah tu. alaH ANWAR JANJI APA SAJA JANJI JADI PM TERLEPAS LIWAT

    ReplyDelete
  2. teruskan debat ini. rakyat akan menilai sendiri

    ReplyDelete