Friday, October 14, 2011

SMBJ (5): Buku Jingga Memecah Belahkan Rakyat dan Negara

Janji Buku Jingga

Menjamin semangat Persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.
Ulasan:

Janji ini hanyalah merupakan satu retorik politik untuk menarik sokongan rakyat Sabah dan Sarawak. Dalam perjanjian Penubuhan Malaysia-Sabah-Sarawak, antara perkara yang perlu dijaga ialah Perlembagaan, agama, bahasa, hak kerakyatan, kerajaan negeri, pelajaran dan gelaran ketua menteri. Tujuan Sabah dan Sarawak mengutarakan perkara tersebut bagi melindungi kepentingan, hak-hak serta kuasa autonomi rakyat Sabah dan Sarawak dan juga kepentingan rakyat

Sangat aneh untuk Pakatan berjanji sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti apa yang perlu dibuat. Dari satu segi mereka mahukan sebuah negara yang bersatu padu dan menjaga kepentingan semua pihak. Namun dari satu segi lagi mereka mahu memecah belahkan perpaduan rakyat melalui janji-janji khusus kepada Sabah dan Sarawak dan memberi gambaran seolah-olah Kuala Lumpur menindas Sabah dan Sarawak. 

Hakikatnya peruntukan kepada Sabah dan Sarawak diagihkan seadilnya seperti juga negeri-negeri lain dalam Persekutuan. 

Adakah Pakatan mahu menyatakan penduduk Sabah dan Sarawak tidak sama dengan rakyat Malaysia di Semenanjung?

No comments:

Post a Comment