Monday, October 3, 2011

Kehebatan Buku Jingga Mengatasi Hukum Allah?

Salam perkenalan kepada semua pembaca. Blog ini wujud semata-mata untuk membincangkan manifesto Pakatan Rakyat yang berjudul Buku Jingga. Buku setebal 29 muka surat ini mengandungi pelbagai janji yang sudah tentu penting untuk kita bahas dan debatkan sebelum mengangkatnya sebagai maha karya agung Pakatan Rakyat untuk memerintah negara. Blog ini akan menerbitkan beberapa pandangan secara harian dalam minggu ini dan kemudiannya menjadi penerbitan bercorak dua kali seminggu iaitu pada Isnin dan Khamis setiap minggu.

Kehebatan buku Jingga sudah tampak jelas apabila Pas sanggup melupakan perjuangan Hududnya buat sementara waktu demi "kedaulatan" buku Jingga ini.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ""Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga."

Maknanya ikatan Pas kepada buku Jingga lebih penting daripada perjuangan Pas melaksanakan negara Islam dalam acuannya yang diperjuangkan sejak 1951 dahulu.

Ini menunjukkan Pas serius mahu mempertahankan kehebatan buku Jingga ini biarpun sehingga ke tahap menolak hukum Allah seperti mana mereka dakwa terhadap musuh-musuh politik mereka sebelum ini.

Apakah hukum mereka ke atas UMNO kerana tidak melaksanakan hudud kini terpakai kepada mereka yang dari awal lagi sudah menolak hudud untuk buku Jingga ini?

Kita tinggalkan dulu soal titik bengik ideologi Pas yang tidak lagi mendapat sokongan padu dalam parti sendiri. Blog debatbukujingga.com mempelawa komentar dan pandangan saudara/i di hantar melalui ruang komen yang ada di bawah artikel.
Mari kita buka satu medan perbincangan yang sihat agar anak bangsa kita tidak menjadi seperti menang sorak kampung tergadai.

1 comment: