Monday, October 3, 2011

BUKU JINGGA: KEMAKMURAN, KEADILAN SOSIAL DAN PERSAUDARAAN RAKYAT (4)

Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat
Menyedari terhakisnya kuasa beli rakyat akibat kenaikan gaji yang tidak setara dengan kos sara hidup yang mencanak, ada keperluan mendesak supaya pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat ditingkatkan serta-merta. Pakatan Rakyat komited untuk: disposable income) rakyat ditingkatkan serta-merta. Pakatan Rakyat komited untuk:
  • Menstrukturkan kembali empat bidang infrastruktur dan utiliti awam supaya kos yang kini dibayar oleh rakyat dapat dikurangkan dengan menghentikan manipulasi monopoli untuk keuntungan berlebihan oleh pemegang konsesi. Empat bidang infrastruktur dan utiliti awam ini adalah bekalan air, bekalan elektrik, lebuhraya dan kemudahan jalur lebar. Pakatan Rakyat akan memulangkan pengurusan bidang-bidang ini kepada rakyat melalui kaedah pengurusan yang lebih kompetitif. Menstrukturkan kembali empat bidang infrastruktur dan utiliti awam supaya kos yang kini dibayar oleh rakyat dapat dikurangkan dengan menghentikan manipulasi monopoli untuk keuntungan berlebihan oleh pemegang konsesi. Empat bidang infrastruktur dan utiliti awam ini adalah bekalan air, bekalan elektrik, lebuhraya dan kemudahan jalur lebar. Pakatan Rakyat akan memulangkan pengurusan bidang-bidang ini kepada rakyat melalui kaedah pengurusan yang lebih kompetitif. 

  • Menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah Klang demi menjamin tarif air yang berpatutan untuk rakyat dan meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat. Menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah Klang demi menjamin tarif air yang berpatutan untuk rakyat dan meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat.

  • Menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada rakyat terbanyak. Menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada rakyat terbanyak.

  • Mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara sebagai badan induk yang mengawal, membangunkan dan mengurustadbir skim pembangunan rumah rakyat untuk menjamin setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang selesa pada harga yang berpatutan dengan pendapatan mereka.

  • Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menekan rakyat dengan sebarang kaedah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan pada kadar yang segera. Setakat ini, projek perumahan terbengkalai membabitkan 3,000 unit telah diambil alih dan sedang dipulihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menekan rakyat dengan sebarang kaedah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan pada kadar yang segera. Setakat ini, projek perumahan terbengkalai membabitkan 3,000 unit telah diambil alih dan sedang dipulihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

  • Meneruskan dan meningkatkan skim mikrokredit yang diperkenalkan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan kedudukan ekonomi mereka, melalui bantuan kewangan, latihan dan pemantauan. Setakat ini, RM70 juta telah diperuntukkan untuk skim mikrokredit di negeri-negeri Pakatan Rakyat.Meneruskan dan meningkatkan skim mikrokredit yang diperkenalkan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan kedudukan ekonomi mereka, melalui bantuan kewangan, latihan dan pemantauan. Setakat ini, RM70 juta telah diperuntukkan untuk skim mikrokredit di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment