Thursday, January 5, 2012

SMBJ 20: Buku Jingga Yang Qopla Jingga

Janji Buku Jingga

Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.

Ulasan

Perlembagaan Persekutuan sudah cukup lengkap dalam memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia kerana ia memperuntukkan perlindungan kepada setiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita. Dalam konteks jenayah, undang-undang jenayah ada peruntukan khusus untuk melindungi kaum wanita seperti jenayah serangan, rogol, pelacuran dan sebagainya. 

Soal sejauh mana hukuman dan keberkesanannya sukar didebatkan memandangkan buku Jingga sendiri tidak datang dengan definisi atau cadangan yang lebih baik. Ini tidak lebih daripada satu lagi retorik politik untuk menarik sokongan pengundi wanita tanpa sebarang cadangan yang konkrit. 

Kerajaan telah pun melancarkan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Negara bertujuan melindungi kanak-kanak daripada pengabaian, keganasan dan ekploitasi. Justeru cadangan buku Jingga untuk mewujudkan sebuah pusat krisis yang berkesan menimbulkan tanda-tanya kerana ia tidak menyatakan sebarang kecacatan terhadap sistem sedia ada dan apa modus operandi jika mereka mahu melaksanakan sesuatu yang lain.

Sekadar mengkritik dan berjanji sesuatu yang lebih baik tanpa menunjukkan perancangan yang jitu menunjukkan Pakatan sendiri tidak mempunyai idea mengenai isu ini dan sekadar mahu memanipulasi emosi pengundi.

Janji Buku Jingga

Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.

Ulasan
Kerajaan Barisan Nasional telah membantu sistem sokongan kepada ibu-bapa bekerja dengan menggalakkan penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak Komuniti. Kerajaan telah menyediakan subsidi yuran pengasuhan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) sebanyak RM 180 sebulan bagi seorang anak kepada pegawai kerajaan. Penubuhan Taska di tempat kerja juga amat digalakkan dengan kerajaan memperuntukkan geran RM 200,000 bagi majikan menyediakan kemudahan itu ditempat kerja.

Kerajaan Barisan Nasional turut menyediakan bantuan kanak-kanak kepada keluarga miskin yang berpendapatan RM 720 dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM450 sebulan bagi setiap seorang kanak-kanak. 

Sebaliknya, janji kerajaan Pakatan di Selangor dalam pilihan raya lalu mahu memberi bantuan  RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri dan bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah untuk setiap anak Selangor sehingga hari ini belum dilaksanakan. 

Mahu berjanji lagi walaupun yang lama belum ditunaikan?  Tidak malukah Pakatan untuk berjanji dalam isu yang sama sedangkan janji yang hampir sama sebelum ini belum mereka tunaikan walaupun telah memerintah Selangor hampir 4 tahun?

Buku Jingga ini elok dianggap janji yang qopla jingga. 
Nak tau apa dia Qopla Jingga tanya Imuda :).

No comments:

Post a Comment