Monday, January 9, 2012

Anwar Ibrahim Dibebaskan, Mahkamah Dikawal Kerajaan?

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dari tuduhan  meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anehnya penyokong Anwar mengatakan Mahkamah membebaskannya kerana Datuk Seri Mohd Najib dan Barisan Nasional takut rakyat akan menyokong Anwar dan Pakatan jika Ketua Pembangkang itu dipenjara.

Mereka tetap mahu menyatakan Mahkamah tidak bebas dan keputusannya dikawal oleh kerajaan. Untuk manusia seperti ini memang tiada apa yang dapat memuaskan pemikiran anarki mereka yang gemar kacau-bilau dan huru-hara untuk mendapat kuasa.

Mereka percaya pembebasan Anwar ditentukan oleh Datuk Seri Najib. Jika mereka percaya ini bermakna mereka juga percaya Anwar memang melakukan perbuatan liwat tersebut. Jika tidak bagaimana mereka mahu menuduh Najib membebaskan orang yang tidak bersalah?

3 comments:

  1. entahla kita pun tak tahu....kalau mahkamah dikawal kerajaan mcm mana tuduhan konspirasi tu dikatakan dibuat oeh kerajaan boleh pulak si anwar dibebaskan ?....ini bukti kerajaan tak campur tangan

    ReplyDelete
  2. biase die orang nie. dah sedap kene liwat kut

    ReplyDelete
  3. Mahkahmah mmg dikawal oleh kerajaan. Tapi amat mustahil hendak membuktikannnya. Cukuplah dari kita menilai dari segi logic dan akal akhlak dan pekerti pemimpin2 kerajaan itu sendiri. Jikalau ada 1 saksi pun yang ada FAKTA yang mengatakan bahawa Mahkahmah di malaysia ini sudah tempang kredibilitinya, maka orang itu pasti akan dihapuskan dan dilenyapkan dari muka bumi ini. Sperti yang terjadi pada pegawai2 SPRM yang "terjun dengan sendirinya" daripada tingkat tinggi bangunan tersebut.

    Mahkahmah ini seolah2 "bebas" pada ketika Anwar telah dibuktikan tidak bersalah, seluruh dunia sedang menyaksikan fenomena ini. Dengan keadaan bukti yang tidak boleh pakai, bukan sahaja hakim "yang adil" dapat menyatakan Anwar tidak bersalah, orang ramai pun dengan mudah boleh mengatakan hal yang sama juga.

    Tetapi akibat ditekan oleh pemerhatian dari pakar2 DNA antarabangsa, badan2 penting di antarabangsa, Hakim tiada pilihan lagi melainkan untuk berlaku "adil" kepada Anwar.

    Siapa di kalangan PR yang mahu Anwar dipenjarakan? Dialah satu2nya kunci penyambung kepada ketiga2 parti ini untuk mewujudkan satu force yang sangat2 kuat. Bukan setakat BN sahaja yang boleh tumbang, malahan jikalau seluruh negara Indonesia bergabung demokrasinya kepada demokrasi Malaysia pun, PR mampu untuk menjadi yang terunggul.

    Apa yang PR pejuangkan ialah sangat2 mulia dan betol. Sebarang halangan yang tidak bermaruah dari BN kepada PR pasti akan membuatkan PR lebih diikuti. Hanya satu sahaja yang PR perlukan jika mahu merampas kuasa daripada yang berkuasa lama. Iaitu dengan membangkitkan kesedaran Rakyat yang sekian lama tidur dibawah illusi2 yang dicipta oleh BN melalui sistem2 nya. Memang benar hanya PR lah yang mampu menggodam sistem yang sgt tidak btol ini. Cukuplah hanya jika Rakyat mampu berfikir. Buang sifat menyerang peribadi. InsyaAllah rakyat akan nampak apa yang PR perjuangkan.

    Sistem perkauman
    Sistem pangkat dan kekayaan
    Sistem keadilan
    Sistem kebebasan
    Sistem ketelusan
    Sistem keharmonian yang tidak akan mengira perbezaan politik dan segala2 perbezaan

    Rakyat akan bersatu padu dan lebih kuat jika Malaysia ini diperintah oleh Anwar dan PR. InsyaAllah.

    ReplyDelete