Tuesday, February 26, 2013

WANITA DALAM MANIFESTO PAKATAN UNTUK DIPERALAT DAN DITIPU?

Pakatan menyedari 50% daripada 13 juta pengundi di negara ini merupakan wanita. Malahan di sesetengah kawasan Parlimen, wanita merupakan majoriti pengundi. Statistik pada sekitar Sepetember 2012 merekodkan daripada 13,052,374 pengundi, 6,551,598 atau 50.19 peratus adalah wanita.

Daripadanya, 489,230 adalah pengundi wanita Melayu. Di Sarawak sahaja, jumlah pengundi wanitanya melebihi jumlah pengundi lelaki. Demikian juga di Selangor, 50.3 peratus pengundinya wanita, Kelantan (50.3 peratus) dan Johor (50.01 peratus).

Justeru tidak hairanlah Pakatan mahu memanipulasi emosi wanita dengan meletakkan kebajikan wanita antara perkara pertama dilaungkan dalam manifesto mereka. Dua skop terbesar ialah menjanjikan:



  1. 30% penglibatan wanita di peringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran awam menjelang 2017.
  2. Menjanjikan caruman RM 50 setiap bulan untuk isteri dan caruman wajib daripada suami kepada isteri antara RM 10 - RM 100.00.

Menurut sumber dalaman Pakatan, janji ini dibuat mengambil kira wanita mudah dipengaruhi melalui janji-janji manis yang belum tentu dilaksanakan. Menurut sumber ini, mengambil kira ramai wanita yang tertipu sehingga puluhan ribu dengan pelbagai scam di facebook dan ruang siber, maka peluang strategi ini untuk berhasil sangat tinggi.

Namun berbeza dengan skim penipuan intetrnet yang jarang  diketahui wanita di Malaysia, skim penipuan Pakatan telah pun diketahui umum.

Pakatan Ketinggalan Bas Dalam Isu 30 Peratus Tenaga Pengurusan Wanita

Pertamanya, penglibatan 30% wanita Malaysia di pringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran awam di negara ini merupakan iltizam kerajaan Barisan Nasional sejak 2004 lagi.

Malahan apa yang dijanjikan oleh Pakatan telah pun dicapai oleh BN pada 2010 lagi apabila peratusan wanita yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) telah meningkat kepada 32.3 peratus pada 2010, berbanding hanya 18.8 peratus pada 2004. (Rujukan).

Jika dalam manifesto pilihan raya pun penggubal polisi mereka tidak peka dengan statistik, apa harapan bahawa mereka akan menunaikan janji yang lain atau janji mereka kali ini boleh dilaksanakan?

Sebaliknya, Barisan Nasional telah mengorak langkah dengan memberi fokus meningkatkan pembabitan wanita dalam sektor korporat terutamanya membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pada tahun 2011, Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Razak, mengumumkan kerajaan mensasarkan lima tahun untuk GLC dan syarikat senaraian Bursa Malaysia meningkatkan jumlah kepimpinan wanita sehingga mencapai sekurang-kurang-kurangnya 30%.

Ini bermakna sasaran kerajaan BN akan tercapai lebih awal berbanding sasaran Pakatan. Jadi apa perlu beri undi kepada Pakatan yang selalu melaungkan kenyataan bahawa "Manifesto bukan janji"?

Caruman Untuk Isteri

Keduanya, jika menang kerajaan Pakatan akan menyumbang caruman bulanan sebanyak RM 50 kepada setiap isteri. Jika ada 5 juta wanita berstatus isteri hari ini bermakna kerajaan perlu menyediakan RM 250 juta sebulan atau RM 3 bilion untuk caruman ini.

Kita tidak akan membincangkan kemampuan kerajaan untuk melaksanakan dana sebesar ini untuk caruman isteri sahaja. Kita akan bahas di akhir siri tulisan mengenai manifesto Pakatan nanti.

Cuma janji RM 50 ini sangat sinonim dengan  janji Pakatan di Selangor sebelum ini untuk memberi RM 75 sebulan untuk setiap anak negeri selangor yang di hantar ke nuseri dan RM 50 sebulan untuk setiap anak Selangor yang ke sekolah tadika. Sehingga kini hanya borang yang diedarkan dan pelbagai kaedah menyusahkan dibuat agar mereka tidak perlu melaksanakan bayaran ini.

Apakah wanita Malaysia yang telah mendapat cukup pendidikan akan terpedaya dengan helah Pakatan ini?

Adakah kita akan membenarkan diri kita terjatuh dalam lubang yang sama dua kali?

Pakatan juga dalam pilihan raya lalu menjanjikan elaun khas suri rumah yang tidak bekerja. Di mana elaun khas tersebut? Masuk angin keluar asap!



1 comment:

  1. Perempuan mana ikut pakatan kali ini memang bodoh tahap gaban

    ReplyDelete