Tuesday, February 26, 2013

MANIFESTO PAKATAN - CABARAN KEPADA BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional selaku kerajaan yang memerintah dilemparkan cabaran hebat oleh "gabungan longgar" DAP, Pas dan PKR di bawah nama Pakatan Rakyat.  Antara cabaran utaman BN ialah penghapusan Sistem Penguatkuasaan Automatik Jalan Raya (AES) yang mendapat tentangan orang ramai termasuk penyokong BN sendiri

Penulis tidak menyarankan kerajaan menghapuskan AES seperti mana janji Pakatan. Namun adalah perlu pembuat manifesto Barisan Nasional mengambil kira cadangan dan keluhan para penyokong BN terhadap AES [1. MENGAPA PENYOKONG KERAJAAN MEMBANTAH PELAKSANAAN AES PADA MASA KINI. 2. AES Perlukan Perubahan dan Pembaharuan].

Barisan Nasional juga perlu memberi perhatian terhadap isu harga petrol dan elektrik dan pendidikan percuma. Isu ini perlu dijawab secara serius oleh Barisan Nasional bagi meyakinkan pengundi "atas pagar" yang akan membuat keputusan di saat-saat akhir.

Selain itu, kebanyakan isu merupakan isu-isu yang telah dimaktubkan dalam "Kitab Jingga" pakatan ini. 

"Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat" yang digubal berdasarkan empat tonggak utama iaitu:


  1. Rakyat Bersaudara
    • Berbilang kaum saling menghormati
    • Hapus diskriminasi, miskin dibantu, lemah dibela
    • Wanita, warga tua dan orang Asal dimartabatkan
    • Penghormatan ikhlas kepada Sabah dan Sarawak
    • Menghayati Islam, menjamin kebebasan agama lain
    • Sistem pendidikan baru merangkumni semua aliran

  2. Ekonomi Rakyat
    • 1 Juta pekerjaan baru
    • Gaji minima yang patut
    • Teksi milik pemandu
    • Menjamin ekonomi perajurit
    • Hapus monopoli, meningkat ekonomi pasaran
    • Meningkat inovasi, R&D dan Teknologi

  3. Kesejahteraan Rakyat 
    • Harga minyak, elektrik dan kereta turun
    • 150,000 rumah mampu milik
    • Hapus jenayah, kuatkan Polis
    • Hapus AES, Batal saman AES
    • Pendidikan percuma, hapus PTPTN
    • Meningkatkan ekonomi Peneroka dan Desa

  4. Kerajaan Rakyat
    • Mansuhkan Akta-akta kezaliman
    • Bebaskan media, kehakiman dan Polis
    • Pilihan raya bersih, adil dan telus
    • Reformasi institusi Islam dan keagamaan
    • Pakej gaji adil penjawat awam
    • Kerajaan tanpa rasuah.
Blog ini akan membahas beberapa isu utama dalam manifesto pakatan ini setiap hari bagi melihat secara mikro Manifesto Pakatan kali ini.

Namun beban terbesar buat Pakatan ialah meyakinkan pengundi bahawa Manifesto ini akan ditunaikan. Tugas paling berat Pakatan sebelum meyakinkan pengundi bahawa manifesto mereka realistik untuk dilaksanakan, ialah meyakinkan rakyat bahawa kata-kata hikmat manifesto kali ini bukan sekadar "manifesto bukan janji". 

No comments:

Post a Comment