Tuesday, November 29, 2011

SMBJ (16): Pakatan Pejuang Alam Sekitar?

Janji Buku Jingga

Membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh.

Ulasan:

Apa program kitar semula Pakatan di negeri-negeri pentadbirannya? ilek!

Yang ada sekarang ini ialah kerajaan Selangor suruh orang bayar RM 0.20 duit plastik jika beli barang hari sabtu. Ini kempen alam sekitar atau kempen nak tolong peniaga dapat balik modal beli plastik. Sungguhpun dijanjikan kutipan tersebut akan masuk dalam tabung alam sekitar, tapi siapa pernah audit atau periksa?

Di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, program pengurangan sisa melalui kitar semula telah lama dilaksanakan. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti kempen pendidikan dan kesedaran, prasarana dan sistem yang menyeluruh. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia secara berterusan melaksanakan program galakan amalan kitar semula buangan di bawah bidang kuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sebanyak 440 buah tong kitar semula telah ditempatkan oleh Jabatan Alam Sekitar di 200 premis seluruh Malaysia.

Di Selangor jangan kata nak kitar semula sampah. Hendak angkut sampah sedia ada pun tidak mampu lagi. Tidak percaya? Sila datang melawat bandar sunway.

SMBJ (15): Chua Jui Meng Gelak Baca Buku Jingga?

Janji Buku Jingga

Memeriksa dengan teliti keadaan kemudahan penjagaan kesihatan yang telah diswastakan bagi melindungi kepentingan rakyat.


Ulasan:

Nak kaji dan teliti apa? Retorik lagi. Takkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng tidak tahu apa masalah dalam isu ini? Sebenarnya tiada isu, sebab itu terpaksa buat ayat muluk-muluk hanya untuk sedapkan hati rakyat konon mereka prihatin.

Walaupun bagi perkhidmatan-perkhidmatan di hospital yang telah diswastakan, pesakit masih lagi membayar caj rawatan yang sama mengikut Perintah Fee (Perubatan) 1982 di mana kadar bayaran yang dikenakan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan masih sama dan tidak dinaikkan. Ia bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kadar caj kesihatan seperrti mana yang dikenakan pusat perubatan swasta.

Kalau jujur berjanji mesti terangkan apa kelemahan dan apa yang akan dibuat. Kalau setakat ulasan retorikal tanpa fakta, maka pembohong namanya.

Monday, November 21, 2011

SMBJ (14): Awas Kakitangan Perkhidmatan Kesihatan, Buku Jingga Mahu Auta

Janji Buku Jingga

Meningkatkan skim ganjaran untuk kakitangan perubatan di hospital awam.

Ulasan

Siapa pun tidak boleh pastikan apakah yang dimaksudkan oleh Buku Jingga Pakatan mengenai skim ganjaran ini. Janji tanpa perincian ini menunjukkan mereka tidak mempunyai sebarang idea untujk dilaksanakan.

Sebaliknya Barisan Nasional melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan pelbagai elaun dalam proses penambahbaikan kakitangan perubatan di hospital kerajaan. Kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM750. Turut dinaikkan Kadar Bayaran Insentif Pakar, termasuk Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam (BIPKA) dan Bayaran Insentif Pengarah Hospital (BIPH).

Bagi kakitangan yang bertugas selepas waktu pejabat, disediakan Bayaran Insentif Klinik Selepas Waktu Pejabat pada kadar RM80.00 sejam kepada pegawai perubatan manakala Bayaran Insentif Khas (pembedahan Elektif) pada kadar RM200 sejam kepada pakar dan RM80.00 sejam kepada pegawai perubatan.

Apa lagi yang buku Jingga mahu janjikan? Bulan dan Bintang?

Thursday, November 10, 2011

SMBJ (13): Hal Kesihatan Rakyat Pun Anwar Mahu Auta

Janji Buku Jingga

Menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.


Ulasan

Satu janji pembohong dan penipu. Secara logiknya tiada negara mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan kerajaan yang setanding dengan pihak swasta. Ini kerana kerajaan memberi subsidi yang besar dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan. Rakyat hanya membayar kos minimum untuk pendaftaran. Kebanyakan ubat berharga ratusan ringgit diberi secara percuma.

Perkhidmatan kesihatan kerajaan berasaskan keperluan kesihatan semata. Ini bermakna apa sahaja rawatan yang diberikan memenuhi kehendak dan keperluan perubatan.

Sebaliknya pihak swasta menyediakan perkhidmatan berasaskan kehendak pelanggan atas perkara-perkara yang tiada kena-mengena dengan keperluan perubatan seperti penyewaan bilik seperti hotel, kemudahan temu janji dengan doktor.

Kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Manakala kumpulan yang mampu atau dilindungi insurans boleh memilih hospital swasta yang mengenakan bayaran yang jauh lebih tinggi.

Selain itu, sebelum kelahiran Buku Jingga lagi, satu Memorandum Kabinet mengenai cadangan untuk Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan telah disediakan pada September 2009. Bagaimanapun memorandum tersebut tidak dibentangkan ke Kabinet kerana ia memerlukan pindaan di peringkat Parlimen.


Janji Buku Jingga


Menjamin perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, meluas dan bermutu kepada semua rakyat, pada kadar yang munasabah.



Ulasan

Retorik lagi. Adakah perkhidmatan kesihatan awam hari ini tidak cekap, meluas dan bermutu? Perkhidmatan kesihatan awam di negara ini melangakaui batas ruang dan kawasan. Di kawasan-kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang belum mempunyai jaringan pengangkutan yang cekap turut mempunyai perkhidmatan kesihatan.

Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan di hospital kerajaan telah diberikan subsidi yang tinggi oleh kerajaan di mana kutipan hasil kerajaan daripada rawatan tersebut tidak pun sampai 5 peratus dari peruntukan keseluruhan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun, Kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan kadar subsidi ini bagi memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memperoleh khidmat kesihatan yang sempurna.

 Caj yang dikenakan oleh hospital kerajaan adalah amat rendah misalnya bagi mendapatkan rawatan di Jabatan Pesakit Luar, bayaran yang dikenakan hanyalah RM 1.00 sahaja (walaupun pesakit menjalani pemeriksaan makmal, pemeriksaan X-Ray dan diberikan ubatan yang kosnya adalah amat tinggi).

Selain dari itu bagi golongan miskin, caj rawatan di hospital boleh dikecualikan. Mereka juga boleh memohon Tabung Bantuan Perubatan bagi membiayai kos rawatan perubatan yang tinggi di hospital kerajaan.

Jadi kita hendak tahu apa lagi keadaan yang munasabah yang boleh disediakan oleh Pakatan seperti yang dijanjikan oleh Buku Jingganya?

Apa yang tertera dalam Buku Jingga mengenai hal kesihatan bukanlah janji atau manifesto tetapi sekadar kata-kata manis tanpa sebarang langkah atau janji yang konkrit. Ini dibuat dengan tujuan apabila menang nanti rakyat tidak boleh menuntut janji mereka seperti yang berlaku kepada kerajaan negeri Selangor sekarang dalam isu Air percuma.

Jika benar mereka mahu membuat pembaharuan dalam isu perkhidmatan kesihatan awam, maka Pakatan perlu nyatakan secara spesifik dan fakta apa perubahan yang ingin mereka buat.

Thursday, November 3, 2011

SMBJ (12) Demokrasi Perkauman DAP Dalam Buku Jingga

Mereka bukan mahukan ketelusan dan kebertanggungjawaban kerana sekarang pun ketika mempunyai kuasa di peringkat negeri mereka tidak mempraktikkan.Mereka mahukan orang Cina menguasai semula kawasan bandar seperti zaman sebelum 1969. Inilah politik perkauman licik DAP.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Janji Buku Jinga
Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik.
Ulasan

Dalam pilihan raya 2008, Pakatan telah berjanji untuk mengadakan pilihan raya PBT jika menang. Sehingga kini tiada satu pun PBT di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang mengadakan pilihan raya Majlis Tempatan. Alasan yang digunakan ialah tidak mempunyai kemampuan kewangan. Dulu mereka mencemuh kerajaan BN bila memberi alasan yang sama.

Sebaliknya mereka hari ini meletakkan pemimpin-pemimpin mereka sebagai ahli Majlis. Sebahagian pemimpin mereka menjadi wakil bagi nama-nama badan bukan kerajaan. Ini satu taktik untuk menunjukkan kononnya mereka lebih terbuka.

Semua peruntukan berhubung dengan pilihanraya kerajaan tempatan telah dimansuhkan. Jika ingin mengadakan semula pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ia memerlukan suatu keputusan di peringkat dasar mengikut negeri masing-masing. Namun begitu, bidang kuasa di peringkat negeri adalah terletak di bawah Majlis Negara Kerajaan Tempatan.

Mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bermakna menambahkan satu lagi pesta politik. Selain daripada 222 kawasan parlimen, 505 kawasan DUN, ada 144 Pihak Berkuasa Tempatan. 144 pihak berkuasa tempatan ini pula sebahagiannya mempunyai ratusan seksyen dan komuniti penduduk. Anda kira sendiri kos dan keadaan bila pilihan raya PBT dilaksanakan.

Jika pengalaman pilihan raya kerajaan tempatan lalu diambil kira, kemungkinan senario yang berlaku ialah kerajaan negeri dan PBT dikuasai parti berbeza. Begitu juga dengan keadaan sekarang, PBT di bawah kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang, manakala Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN).

PBT atau kerajaan negeri yang mempunyai hasil pendapatan kukuh mungkin tidak menghadapi banyak masalah dari segi kewangan, tetapi bagaimana dengan nasib kebanyakan PBT yang bergantung kepada peruntukan Kerajaan Pusat?

Bukan rahsia ada PBT, termasuk di negeri yang dilabelkan sebagai maju tidak mampu membiayai kos pelupusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Apa pun yang berlaku, rakyat tidak seharus menjadi mangsa kerana pertelagahan akibat perbezaan fahaman politik.
Kumpulan yang beria-ia mahukan pilihan raya PBT diadakan semula ialah Parti Tindakan Demokratik (DAP). Sebuah parti sosialis yang berselindung di sebalik nama demokrasi. DAP mendakwa dengan mengadakan pilihan raya PBT, penduduk boleh memilih wakil mereka dalam PBT dan mengelakkan pembaziran dan penyelewengan.

Bukankah pilihan raya negeri dan persekutuan yang diadakan tidak juga menjamin kerajaan yang bersih dan tiada pembaziran mahu pun penyelewengan? Malahan DAP sendiri yang menguasai Selangor hari ini rakus menentukan pembahagian projek, pengagihan kontrak PBT dan merebut peluang yang ada.

Pada April 2009 berlaku pertikaian antara Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya Derek Fernandez dengan Suresh R Menon. Frenandez mengugut untuk membuat laporan Polis berikutan penyebaran Minit Mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang membabitkan keputusan papan iklan gergasi (billboard). Dikatakan salinan minit mesyuarat tersebut diedarkan kepada ADUN-ADUN Pakatan di Selangor.
During the MBPJ full board meeting last month, councillor Derek Fernandez said he would lodge a police report against the person who has been distributing government documents that were classified under the OSA.

 Fernandez was referring to a Suresh R Menon who had sent out letters to state assemblymen of the alleged favouritism that MBPJ was practising in the implementation of the new billboard regulations.

The letters were attached with copies of the council’s meeting minutes, which are labelled secret. - The Star, Wednesday April 15, 2009, Declassify documents, PJ folk tell MBPJ
Semasa BN Fernandez merupakan aktivis yang sering berkempen meminta didedahkan dokumen-dokumen MBPJ. Malahan suatu ketika beliau mahukan butiran terperinci atas setiap pembayaran didedahkan kepada tatapan umum.

Anehnya, apabila DAP menguasai Selangor dan beliau menjadi ahli Majlis MBPJ, beliau sendiri mahu menghalang ketelusan dan keterbukaan. Demokrasi kepala bapak dia!

Inikah parti dan kumpulan yang berjanji mahu mengadakan pilihan raya PBT untuk menjaga kepentingan rakyat? Mereka sebenarnya mahu menjaga kepentingan mereka. Seandainya mereka kalah di negeri dan Persekutuan, ada satu lagi pentas politik mereka untuk berkuasa.

Bagi DAP mereka mahukan pilihan raya PBT kerana mahukan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan ahli Majlis DBKL yang sekarang ini didokongi oleh pelbagai kaum hanya di kuasai oleh Kaum Cina yangcauvinis di dalam DAP. Mereka tidak mahu kaum cina yang terbuka dan liberal.

Teresa Kok membantah tulisan Jawi dalam papan tanda di sekitar Kuala Lumpur... bayangkan kalau dia jadi datuk Bandar
Sikap anti-bahasa kebangsaan Teresa Kok yang jelas...
inilah yang Sasterawan Negara A. Samad Said puja 

Mereka juga mahukan Datuk Bandar MBPJ, Datuk Bandar MPSJ, YDP Majlis Perbandaran Selayang dan lain-lain PBT yang kukuh kewangan terdiri daripada orang Cina DAP. Semua ini akan memudahkan mereka membentuk PBT yang berusnurkan kecinaan dalam membuat keputusan, pemberian lesen perniagaan dan juga pemaparan papan tanda tulisan Cina.

Mereka bukan mahukan ketelusan dan kebertanggungjawaban kerana sekarang pun ketika mempunyai kuasa di peringkat negeri mereka tidak mempraktikkan.Mereka mahukan orang Cina menguasai semula kawasan bandar seperti zaman sebelum 1969.

Wednesday, November 2, 2011

SMBJ (11): Retorik Demokrasi Dalam Buku Jingga

Janji Buku Jinga
Mewajibkan perlantikan jawatan-jawatan seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Ketua Audit Negara mendapat kelulusan Parlimen.
Ulasan

Jika dikaji secara teliti, proses yang sedia ada sebenarnya telah mencukupi dan amat telus. Keperluan mendapatkan kelulusan Parlimen sebenarnya adalah proses yang panjang dan akan menghasilkan keputusan yang sama kerana parti yang memerintah adalah suara majoriti di parlimen. Kenapa perlu membuang masa atau menyukarkan prosedur yang sudah pun mudah?

Ini semua hanyalah janji-janji manis retorik politik kononnyauntuk menunjukkan mereka lebih terbuka. Hakikatnya di Selangor dan Pulau Pinang mereka bermaharajalela di mata, bersultan di hati dalam membuat pelbagai keputusan termasuklah melantik kroni-kroni mereka menduduki GLC negeri.